Fandi Ahmad: “Sri Pahang Hilang Pemain Tengah Yang Rajin”

Pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad antara yang terkesan dengan kehilangan bekas pemain tonggak utama mereka sejak musim lalu dari Uzbekistan iaitu Kuvondik Ruziev.

Terdahulu, Kuziev secara rasminya diumumkan laman tersebut tidak lagi akan bersama Sri Pahang tatkala persaingan Liga Malaysia musim 2024/2025 masih lagi sedang berlangsung.

“Terima kasih Ruziev! Sri Pahang ingin mengumumkan pemain import dari Uzbekistan, Ruziev Kuvondik tidak lagi akan bersama pasukan dalam baki saingan musim ini.

“Ruziev telah menerima tawaran untuk kembali bermain di negara kelahirannya bersama kelab Neftchi Fergana.

“Menghormati  keputusan tersebut, kelab bersetuju melepaskan beliau dan mengucapkan selamat maju jaya bersama pasukan baru.

“Kelab turut merakamkan setinggi ucapan terima kasih buat Ruziev atas sumbangan sepanjang semusim di SPFC. Semoga terus mengorak langkah dalam karier,” ujar laman berkenaan.

Rekod menyaksikan Kuvondik sudah pun beraksi sebanyak 19 perlawanan secara keseluruhan bersama Tok Gajah di pentas saingan domestik.

Hadir pada pertengahan musim lalu, Kuvondik tidak mengambil masa yang panjang untuk memberi impak yang pantas di posisi tengah serta serangan Sri Pahang.

Kualiti beliau daripada skil kawalan bola, ketepatan hantaran, serta rajin bergerak di serata arah untuk mendapatkan bola menjadkannya selaku aset penting buat Tok Gajah.

Tanpa kelibat Kuvondik selepas ini di atas padang pastinya amat dirasai oleh para penyokong terutama sekali para kejurulatihan kelab membabitkan Fandi Ahmad sendiri.

“Saya akui Sri Pahang kehilangan seorang pemain tengah yang rajin kerana dia memiliki disiplin tinggi untuk memberikan yang terbaik buat skuad Tok Gajah.

“Ketiadaan Kuvondik amat dirasai pasukan dan diharapkan pengganti posisi yang ditinggalkan dapat mempamerkan persembahkan menyakinkan,” kata Fandi menerusi Harian Metro.

Pasukan tersebut dijangka bakal membuat rombakan baharu termasuk berkemungkinan untuk mendapatkan pengganti kepada ketiadaan Kuvondik selepas ini untuk menjadi antara pasukan memberi persaingan sengit di Malaysia.

Bagi aksi petang ini juga menyaksikan skuad Tok Gajah tidak lagi dapat menggunakan khidmat Kuvondik untuk menghadapi cabaran daripada Negeri Sembilan di Temerloh.

Sumber:
Harian Metro, Sri Pahang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN