Fandi Ahmad Enggan Sri Pahang Ambil Mudah Cabaran Kuching City

Pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad enggan mengambil mudah untuk aksi Liga Super seterusnya dengan pasukan beliau bakal menghadapi cabaran pelawat iaitu Kuchinh City.

Beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Darul Makmur, kelebihan jelas berpihak kepada Sri Pahang yang pastinya akan mendapat sorakan padu daripada penyokong mereka sendiri sepanjang 90 minit permainan berlangsung.

Malah, rekod pertemuan lalu membabitkan kedua pasukan ini juga jelas berpihak kepada Sri Pahang selepas kali terakhir mereka merekodkan kemenangan 1-0 pada 18 April di gelanggang lawan.

Jaringan tunggal Tok Gajah ketika itu diledak menerusi pemain kebangsaan, Nor Azam Azih pada minit ke-57 dengan aksi dipamerkan kedua pasukan cukup sengit.

Untuk aksi malam ini, Fandi jelas tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan dengan mahu para pemain kendaliannya tampil berwaspada.

Menurut pengendali dari Singapura itu, para pemain perlu tampil lebih bijak untuk memanfaatkan setiap peluang terhidang bagi dterjemahkan kepada bentuk kemenangan.

“Sri Pahang perlu memberi fokus sepenuhnya dan tidak boleh bermain sambil lewa kerana pasukan seperti Kuching City juga mempunyai matlamat untuk membuat kejutan.

“Berbaki enam perlawanan, Insya-Allah Sri Pahang akan berusaha yang terbaik untuk mendapatkan sebanyak mungkin mata dan memperbaiki kedudukan musim lalu.

“Kita tahu pasukan lain pun berusaha mengejar kedudukan lebih baik,” kata Fandi menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Berita Harian.

Pada masa sama, Fandi juga mengakui beliau akan terus mempertaruhkan dua penyerang import mereka dalam usaha untuk mendapatkan gol iaitu Rafael da Silva serta Kpah Sherman.

“Buat masa ini, saya rasa gandingan Sherman dan Rafael yang terbaik, cuma kurang beruntung ketika berdepan KL City.

“Pada masa yang sama, Kevin Ingreso dan Nor Azam Azih tidak dapat bermain kerana digantung perlawanan dan masalah kecederaan.

“Ketiadaan mereka di bahagian tengah diharap tidak menjejaskan prestasi pasukan untuk mengutip tiga mata di halaman sendiri,” katanya lagi.

Rekod semasa kini menyaksikan Sri Pahang berada di tangga kelima Liga Super setelah mengumpul 40 mata daripada 20 mata, berbanding pelawat berada pada kedudukan tercorot.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN