Fandi Ahmad Cipta Rombakan Buat Sri Pahang Sebelum Hadapi JDT

Pengendali utama Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad tampaknya menjadi antara individu paling sibuk kini sebelum pasukan kendaliannya menghadapi cabaran getir pada aksi Liga Super 2024/2025 seterusnya.

Terdahulu, Sri Pahang bakal menghadapi cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari esok dengan perlawanan bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bersama status selaku tuan rumah.

Walaupun hadir dengan status tuan rumah, sudah tentu ianya tetap dianggap sebagai cabaran besar kepada Tok Gajah kerana mereka bakal beraksi di laman rasmi JDT yang menjadi kubu kuat Harimau Selatan.

Apatah lagi jurang para pemain kedua pasukan tersebut juga sangat berbeza untuk menyaksikan Sri Pahang perlu tampil bersama persiapan sangat rapi.

Disebabkan itu Fandi mengakui ada kemungkinan beberapa rombakan dalam kalangan pemain mungkin berlaku sebelum hadapi cabaran jaguh Asia tersebut di SSI.

Jelas Fandi, rombakan perlu dibuat kerana ia bertujuan untuk memastikan prestasi pasukan berada pada tahap terbaik sebelum mereka mengharungi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia pula.

“Mungkin kami buat rombakan sedikit apabila bertemu JDT kerana saya turut memberikan fokus terhadap aksi suku akhir kedua berdepan Perak FC.

“Saya harap segala-galanya berada pada tahap terbaik terutama kecergasan pemain kerana mereka agak kepenatan selepas menempuh perjalanan jauh pergi dan balik dari Manjung.

“Pada masa sama, pasukan terus ke Johor Bahru untuk persediaan menentang JDT Selasa ini,” kata Fandi menerusi perkongsian dibuat oleh Berita Harian.

Rekod semasa menyaksikan Tok Gajah berada di tangga kelapan Liga Super selepas mengharungi 13 aksi secara keseluruhan dan kekurangan dua perlawanan jika dibandingkan oleh JDT.

Sepanjang mengharungi 13 perlawanan, pasukan tersebut hanya merekodkan tiga kemenangan sahaja bersama enam keputusan seri serta empat kekalahan bagi mengumpul 15 mata.

Rekod pertemuan kedua pasukan tersebut musim ini juga menyaksikan JDT memperoleh kemenangan 3-0 ketika aksi turut berlangsung di SSI pada 22 Jun lalu.

Sudah tentu Fandi enggan mengulangi lagi keputusan itu dengan beberapa penambah baikan bakal dibuat beliau yang membabitkan taktikal serta pemain.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN