Fandi Ahmad Akui Sri Pahang ‘Rugi’ Terlepas Khidmat Hidalgo

The best of Vitinha at PSG Loading official content
The best of Vitinha at PSG
These are the best moments of Vitinha at Paris Saint-Germain. The Portuguese midfielder joined the club since 2022.
0 seconds of 1 minute, 28 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Rodgers calls for fearless play from Celtic against Bayern Munich
00:37
00:00
01:28
01:28
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Rodgers calls for fearless play from Celtic against Bayern Munich Minamino's goal and assists in Nantes big victory Pitchside Angle: Pato nets brace as Borneo beat Barito Putera João Félix reveals the meaning behind his nickname Pitchside Angle: Madura United hammer Dewa United 3-1 Jota's first goal back at Celtic Park Davies is back in team training ahead of Celtic clash Amorim says his job is 'so hard' after loss at Tottenham leaves United 15th Biereth grabs another hat-trick as Monaco thrash Nantes Guardiola highlights Marmoush's great performance in Newcastle win Lihat lebih video Paris Saint-Germain di OneFootball

Pengendali Sri Pahang iaitu Fandi Ahmad akui pasukannya bakal merasai kehilangan cukup besar pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2024/2025 seterusnya menentang Sabah.

Beraksi di halaman sendiri iaitu Stadium Mini Temerloh, ia tidak menjanjikan suatu kelebihan besar buat Tok Gajah kerana reputasi semasa mereka juga tidak begitu konsisten.

Apatah lagi Sri Pahang terpaksa melupakan pemain import pinjaman mereka daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Manuel Hidalgo kerana isu layangan kad merah.

Pada aksi separuh akhir pertama lalu, Hidalgo terpaksa keluar awal dari padang permainan di Likas kerana menerima layangan kad merah akibat tindakan pemain itu memijak kaki penyerang Sabah, Darren Lok.

Umum mengetahui kehadiran kembali Hidalgo bersama Sri Pahang telah pun meninggalkan kesan cukup besar buat pasukan tersebut di posisi serangan musim ini.

Kualiti dimiliki Hidalgo menyaksikan beberapa kali berjaya menyelamatkan skuad kendalian Fandi daripada mencipta keputusan negatif di pentas domestik.

Daripada 18 perlawanan diharungi, Hidalgo telah pun meledak tujuh gol bersama empat bantuan jaringan secara keseluruhan bersama satu hatrik turut direkodkan bintang tersebut.

Jelas Fandi, beliau menganggap ia suatu kerugian apabila mereka kehilangan Hidalgo tetapi pengendali tersebut sudah pun mempunyai perancangan tersendiri bagi aksi menghadapi Sabah.

“Sudah pasti ia kehilangan besar buat skuad Tok Gajah yang amat memerlukan Hidalgo yang bermain cemerlang dan banyak membantu dalam saingan Piala Malaysia terutama di bahagian serangan pasukan.

“Memang rugi apabila ketiadaan Hidalgo tetapi Sri Pahang masih mempunyai barisan pemain simpanan yang mampu memikul tanggungjawab itu untuk memastikan isi ke final menjadi kenyataan, kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Tanpa Hidalgo, Tok Gajah masih lagi mempunyai beberapa pilihan pemain untuk mengisi kekosongan tersebut seperti Baqiuddin Shamsudin serta T. Saravanan yang mampu mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Malah, ada kemungkinan Fandi turut akan meletakkan gandingan antara Kpah Sherman serta Mykola Ahapov selaku penggempur utama untuk menghadapi cabaran pelawat.

Apapun, segala keputusan terserah kepada Fandi sendiri untuk menyusun pemain serangan lebih ampuh bagi merebut slot seterusnya ke pentas akhir.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN