FAM: Usaha MISC Dekatkan Kaum India Dengan Bola Sepak Harus Dipuji

Kejayaan Majlis Sukan India Malaysia (MISC) menjulang Piala Emas Raja-Raja pada Oktober lalu boleh dianggap satu pencapaian besar buat pasukan yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu.

Mereka muncul pasukan jemputan kedua yang bukan berstatus ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia yang menjuarai kejohanan itu sejak Singapura melakukannya pada tahun 1983.

Nama ‘MISC’ agak menyerlah semasa mereka menggunakan nama ‘MISC-MIFA’ (Gabungan dengan Persatuan Bola Sepak India Malaysia) ketika beraksi dalam Liga Premier pada musim lepas sebelum pasukan itu dipromosi ke Liga Super dan dijenamakan semula dengan nama Petaling Jaya City FC.

Pada Selasa, MISC telah menerima kunjungan hormat FAM yang diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk melihat perancangan MISC dalam merangkan pelan hala tuju majlis sukan itu sepanjang tahun 2020 dalam menjadikan bola sepak sebagai ejen riadah bagi masyarakat India.

Hamidin dalam kenyataannya menjelaskan MISC telah mengemukan beberapa perkara untuk diselesaikan secara bersama terumasuk usaha pembangunan bola sepak dalam kalangan kaum India terutama di peringkat akar umbi.

“Menerusi kunjungan hormat dan dialog hari ini, MISC ada berbincang dengan FAM tentang cara membuka ruang buat pelajar khususnya remaja India berusia 15 hingga 17 tahun bergerak aktif dalam bola sepak.

“Saya difahamkan penyertaan dan bakat murid di peringkat sekolah rendah sangat memberangsangkan, cuma kita perlu sama-sama memikir cara untuk menggilap bakat itu daripada lenyap apabila mereka memasuki alam remaja iaitu dengan memperbanyakkan program di peringkat sekolah tahun depan.”

Dalam sesi perbincangan tersebut, MISC diwakili oleh Presidennya, Dato’ R. Subramanian, Naib Presiden MISC yang juga merangkap Naib Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram serta barisan Exco MISC.

Hamidin turut mengimbau beberapa orang ikon bola sepak negara yang terdiri daripada kaum India seperti M. Kuppan, S. Govindarajoo, Sexton Loudes, mendian Datuk M. Chandran dan juga penjaga gol legenda mendiang Datuk. R. Arumugam.

Pada hari ini, kaum India tidak ketandusan bakat-bakat besar yang terdiri daripada pemain yang masih dan pernah mewakili skuad kebangsaan seperti J. Parthiban, N. Thanabalan, R. Dinesh, K. Kogileswaran, S. Kunanlan, S. Kumaahran, Muhammad Gopi Rizki dan lain-lain.

Malah mereka juga mempunyai jurulatih yang masih aktif membimbingan pasukan di Malaysia seperti B. Satiananthan, Datuk K. Rajagopal, K. Devan, Datuk M. Karathu dan P. Maniam.

Tambah Hamidin lagi, dalam sebuah masyarakat majmuk, sukan bola sepak terbukti berupaya menjadi ejen penyatuan kepada semua kaum di negara ini.

“Justeru, sebagaimana dengan apa yang FAM sudah jalinkan dengan MCFA, yang sama juga kami bawakan ke MISC iaitu melancarkan program khas terutama dari sudut akar umbi untuk menarik lebih ramai penyertaan kaum india sebagai pemain, pengadil, jurulatih atau pegawai.

“Bagaimanapun MISC terbukti bergerak seiring dengan FAM dalam membangunkan bola sepak negara apabila muncul juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019, 13 Oktober lalu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN