FAM Umum Senarai 26 Pemain Ke Latihan Pusat Skuad Kebangsaan Bawah 19 Tahun

Ketua jurulatih skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan, Bojan Hodak telah memilih 26 pemain muda untuk menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa depan, 19 Jun 2018 menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Indonesia, 1 hingga 14 Julai depan.

Menurut FAM, selepas 10 hari berlatih di Wisma FAM, seramai 23 pemain terbaik akan dipilih dan dibawa ke Surabaya, Indonesia pada 29 Jun untuk Kejuaraan B-19 AFF 2018 yang bermula pada 1 Julai 2018.

Senarai 26 pemain yang terpilih kali ini. Sumber: FAM

Selain itu, 14 pemain di senarai bawah turut diminta bersedia untuk menjalani latihan dan menggantikan mana-mana pemain daripada senarai 26 pemain di atas sekiranya mengalami kecederaan.

Senarai pemain menunggu.

Di Kejuaraan B-19 AFF 2018 nanti, Malaysia, yang diundi dalam Kumpulan B, akan membuka kempen dengan perlawanan menentang Kemboja pada 3 Julai sebelum bertemu Brunei pada 5 Julai, Timor Leste pada 7 Julai dan Myanmar pada 9 Julai.

Semua perlawanan dijadualkan berlangsung di Stadium Gelora Deltra Sidoarjo, Surabaya.

Sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan dijadualkan berlangsung pada 12 Julai untuk bertemu juara atau naib juara dari Kumpulan A.

Aksi final pula dijadualkan pada 14 Julai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN