FAM Umum Secara Rasmi 3 Pengadil Jepun Yang Bakal Adili Final Piala FA

Pengadil

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan tiga pengadil dari Jepun yang akan mengadili aksi perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 diantara Perak dan Kedah.

Aksi dua wakil utara itu bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Seperti yang sudah tular di laman sosial, tiga pengadil tersebut akan diketuai Takuto Okabe yang berusia 38 tahun dan akan dibantu oleh dua Penolong Pengadil iaitu Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30.

Ini adalah buat pertama kali dalam sejarah, FAM dan badan pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) melantik pengadil dari luar negara untuk mengendalikan aksi final saingan liga domestik.

Sementara pengadil tempatan, Razlan Joffri Ali, 34, diletakkan sebagai pengadil keempat atau pengadil simpanan bagi perlawanan ini.

Okabe yang merupakan pengadil utama bagi saingan J1 League telah menjadi Pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun 2015.

Beliau berpengalaman mengendalikan perlawanan pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2015 di Gwangju, Korea Selatan, Universiade 2017 di Chinese Taipei dan Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Selain itu, Okabe turut diberi tugas mengadili perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC sepanjang empat tahun terakhir ini iaitu dari 2016 hingga 2019.

Yagi pula mula menjadi Penolong Pengadil FIFA sejak tahun 2009 dan berpengalaman bertugas pada Piala Asia 2015 di Australia, Piala Dunia B-20 2015 di New Zealand dan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, selain perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara AFC dan Piala AFC dari 2015 hingga 2019.

Sementara Nomura, paling muda dalam kalangan tiga pegawai perlawanan dari Jepun ini, baru saja diiktiraf sebagai Penolong Pengadil FIFA pada 2019 dan telah diberikan tugas pada perlawanan Liga Juara-Juara AFC musim ini.

Ketiga-tiga mereka dijangka tiba di Kuala Lumpur, lewat petang ini.

Kredit foto: Persatuan Bolasepak Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN