FAM Umum 4 Negara Terlibat Untuk Saingan Pestabola Merdeka 2024

Debaran untuk mengetahui siapa lawan Malaysia bagi saingan Pestabola Merdeka musim 2024 akhirnya terjawab selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkannya sebentar tadi.

Untuk aksi kali ini, FAM telah pun menyatakan ia bakal berlangsung pada 10 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Pengesahan negara yang bakal menyertai kejohanan ini juga sudah terjawab dengan Filipina, Tajikistan, serta Lebanon bakal bersama Malaysia untuk membuat perhitungan mendapatkan gelaran juara.

Lebih menarik, ini merupakan kali pertama kejohanan Pestabola Merdeka dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun dan kali terakhir ia dilangsungkan sedemikian pada tahun 2006,2007, serta 2008.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa pertandingan Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 secara rasminya akan dilangsungkan ketika Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA yang akan datang iaitu di antara 2 hingga 10 September 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Selain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon yang kini berkedudukan ranking ke-135 dunia, tiga pasukan lain yang telah mengesahkan penyertaan pada pertandingan edisi kali ini ialah juara bertahan, Tajikistan yang kini berada di ranking ke-102 dunia, Lebanon (117) dan Filipina (147).

“Empat pasukan ini akan diundi bagi menentukan lawan masing-masing pada perlawanan pertama iaitu Separuh Akhir 1 dan 2, disusuli perlawanan kedua iaitu Final yang menemukan pemenang Separuh Akhir 1 dan 2 serta Penentuan Tempat Ketiga di antara dua pasukan yang kalah pada Separuh Akhir 1 dan 2.

“Ini merupakan kali pertama Pestabola Merdeka berjaya dianjurkan secara berturut-turut selepas tempoh 16 tahun, iaitu kali terakhir diadakan berturut-turut pada 2006, 2007 dan 2008, sebelum ia diadakan pada 2013 dan kembali selepas 10 tahun penganjurannya pada edisi tahun lalu, 2023.

“FAM berharap para penyokong Harimau Malaya dapat sama-sama memeriahkan lagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 dengan hadir ke Stadium Nasional memandangkan Edisi Ke-43 ini berlangsung ketika Bulan Kebangsaan iaitu selepas Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan menjelang Hari Malaysia pada 16 September.

“Pada Edisi Ke-42 tahun lalu yang turut berlangsung di Stadium Nasional, skuad Harimau Malaya yang berjaya menewaskan India 4-2 pada separuh akhir pada 13 Oktober 2023, sekadar muncul naib juara selepas tewas 2-0 kepada Tajikistan pada Final yang berlangsung pada 17 Oktober 2023.

“Terdahulu, Tajikistan yang merupakan pasukan pengganti selepas Lebanon menarik diri (kerana Lebanon dan Palestin telah diundi dalam kumpulan yang sama bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027), layak ke Final secara ‘bye’ selepas lawan mereka di separuh akhir, Palestin juga terpaksa menarik diri kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika itu.

“Tarikh majlis undian Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 akan dimaklumkan kemudian bagi menentukan pasukan mana yang bakal bertembung pada Separuh Akhir, selain tarikh bagi Hari Perlawanan 1 untuk Separuh Akhir dan Hari Perlawanan 2 bagi Final dan Penentuan Tempat Ketiga turut akan ditetapkan nanti,” jelas kenyataan berkenaan.

Adakah Malaysia mampu meraih gelaran juara pada tahun ini setelah dikecewakan Tajikistan pada saingan edisi lalu?

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN