Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui Setiausa Agung badan induk itu mengesahkan kini sedang menunggu kepulangan Wan Kuzain Wan Kamal dari Amerika Syarikat untuk urusan dokumentasi.
Pemain berdarah Malaysia yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu sebelum ini dikhabarkan berminat untuk menyarung jersi pasukan negara di temasya Sukan SEA Filipina bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.
#ICYMI Wan Kuzain needs to hurry back to Malaysiahttps://t.co/2va0qw8AAu pic.twitter.com/7kBWypRglU
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 25, 2019
Bercakap kepada Bernama, Stuart menjelaskan pemain tersebut sepatutnya tidak berhadapan sebarang masalah berhubung pelepasan dari kelabnya, Sporting Kansas City dan proses dokumentasi untuk membenarkan beliau beraksi untuk pasukan negara.
Ini kerana saingan Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat berakhir pada awal November ini.
Namun demikian, mengambil kira tempoh proses lebih kurang dua minggu untuk segala perkara dokumentasi kehadiran Wan Kuzain diperlukan segera untuk mengelakkan sebarang kerumitan menguruskan proses tesebut.
Dato’ Ong Kim Swee has confirmed he will call up Wan Kuzain for SEA Games 2019.https://t.co/j1LY1BRt5t pic.twitter.com/M8ivkFwVo8
— Harimau Abroad?? (@harimau_abroad) October 18, 2019
“Kalau dia datang lewat sangat, kemudian terus nak bermain bersama pasukan, saya rasa ia mungkin akan merumitkan keadaan dalam pasukan tetapi perkara teknikal itu kita serahkan di tangan ketua jurulatih [Datuk Ong Kim Swee],” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum ini pengendali skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan nama Wan Kuzain adalah antara senarai pemain yang akan dipanggil untuk menjalani latihan pusat menjelang temasya tersebut pada 4 November hadapan.
UNDIAN PERINGKAT KUMPULAN BOLA SEPAK LELAKI SUKAN SEA 2019 ⚽?
Malaysia ?? diletakkan dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Filipina.
Kejohanan akan bermula pada 25 November depan
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Ayuh gapai emas!#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/PzMG3XFeyt
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 15, 2019
Stuart turut mengesahkan FAM belum lagi menerima jadual rasmi perlawanan di Filipina, dan tarikh akhir pendaftaran pemain dan pasukan berkemungkinan akan dilanjutkan sehingga 23 atau 24 Nov.
“Jadual rasmi belum dikeluarkan. Selain itu ada permintaan dibuat daripada negara ASEAN kepada PHISGOC [Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina] untuk lanjutkan tarikh akhir memandangkan pada 19 Nov terdapat negara ASEAN yang bermain pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023,” tambah beliau.
Pasukan negara diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste untuk acara bola sepak lelaki di temasya dwi tahunan tersebut.