FAM Tumpu Cari Pemain Warisan Berkualiti Buat Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampaknya terus komited dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain warisan lebih berkualiti pada masa hadapan demi membantu pasukan kebangsaan.

Terdahulu, calon pemain warisan buat Malaysia iaitu Mats Deijl terpaksa melupakan impian beliau untuk menyarung jersi kebangsaan selepas dokumen dibawa beliau tidak memenuhi tuntutan telah diletakkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ini kerana Deijl hanya mampu mengemukakan dokumen dengan menyatakan nenek moyang beliau sahaja memiliki pertalian darah bersama mereka dan ia tidak sah pada peraturan ditetapkan oleh FIFA.

Kenyataan itu jelas mengecewakan para peminat termasuk Deijl sendiri yang tampil begitu bersemangat untuk mewakili Harimau Malaya pada masa hadapan.

Walaupun begitu, masih ada ramai calon-calon pemain warisan dari luar negara bersama reputasi tersendiri berpotensi tinggi untuk didaftarkan selaku warganegara menerusi pelbagai perkongsian dibuat menerusi media sosial.

Disebabkan itu FAM sendiri tampil tidak serik untuk terus mendapatkan seberapa ramai pemain warisan berkualiti pada masa hadapan untuk menjulang nama bola sepak Malaysia di persada dunia.

Menurut Datuk Mohd Yusoff Mahadi selaku Timbalan Presiden FAM, pihak mereka mencari pemain warisan berkualiti tinggi serta melebihi apa diberikan oleh bakat tempatan demi mencipta impak besar kepada kem kebangsaan.

“Apa yang penting di sini, kami mencari pemain warisan yang mampu membawa sesuatu yang baharu kepada pasukan Harimau Malaya.

“Kami juga tidak mahu mengambil pemain hanya kerana status pemain warisan, tetapi mereka perlu memiliki kualiti yang lebih baik daripada pemain tempatan.

“Deijl adalah contoh pemain yang menunjukkan komitmen tinggi dan kami harap akan lebih ramai lagi pemain seperti ini yang mempunyai hasrat seperti Deijl,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Walaupun gagal mendapatkan Deijl, beberapa nama pemain warisan lain kini dilaporkan sudah mula diperkatakan dalam kalangan peminat bakal didaftarksn selaku pemain Harimau Malaya.

Antara nama yang diperkatakan termasuk bintang bola sepak di England iaitu Josh Brownhill yang memiliki reputasi serta kualiti cukup menyerlah untuk membantu pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Ketika ini Malaysia sendiri memiliki beberapa pemain warisan berkualiti seperti Dion Cools, Matthew Davies, Stuart Wilkin, Corbin Ong, dan beberapa nama lagi yang sudah pun menabur bakti dengan pencapaian cukup baik buat Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN