FAM Tidak Terlibat Dalam Urusan Penangguhan Jadual Liga Malaysia

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), YAB Dato Seri Ahmad Faizal Azumu membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak meluluskan permohonan mereka untuk menunda aksi Liga Super bertemu Kuala Lumpur, malam esok.

Permintaan PAFA untuk menangguhkan perlawanan itu untuk memberi ruang kepada skuad Mehmed Durakovic mendapat rehat yang mencukupi sebelum menghadapi perlawanan play-off kelayakan AFC Champions League 2019 berdepan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada hari Selasa depan.

Setiausaha agung FAM, Stuart Ramalingam hari ini tampil menafikan pihaknya telah menolak permintaan daripada PAFA tersebut kerana sebarang urusan berkaitan dengan penundaan jadual Liga Malaysia adalah di bawah bidang kuasa badan pengendali Liga, Malaysia Football League (MFL).

“Untuk makluman Presiden PAFA dan seluruh penyokong Perak khususnya, surat permohonan yang dihantar PAFA itu sebenarnya adalah kepada Malaysian Football League (MFL), badan pengendali Liga Malaysia, bukannya kepada FAM.

“Dalam hal ini, FAM tidak terbabit secara langsung dalam urusan permohonan dan penolakan ini. Ia berkemungkinan adalah kesilapan Presiden PAFA ketika memberi kenyataan kepada media atau beliau juga tidak dijelaskan dengan betul oleh pegawainya,” katanya dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

MFL bagaimanapun mengeluarkan kenyataan pagi tadi bahawa perlawanan tersebut telah dipinda ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

“Untuk makluman semua, dengan mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa, perlawanan tersebut akan dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.

“MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam #ACL2019.”

Pengumuman daripada MFL itu tiba beberapa minit selepas satu kenyataan dikeluarkan oleh TMJ melalui laman twitter rasminya selaku Pengerusi badan penganjur bola sepak negara itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN