FAM Terima Anugerah Dream Asia AFC 2018 Dalam Kategori Pembangunan

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah mengumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai pemenang Anugerah Dream Asia AFC 2018 dalam kategori Pembangunan di AFC House semalam.

Menurut kenyataan daripada laman web FAM, anugerah ini diberikan selepas memenuhi kriteria yang diperlukan oleh AFC iaitu berjaya mempamerkan contoh terbaik dalam menyampaikan inisiatif tanggungjawab sosial kepada masyarakat menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi yang menerapkan unsur pemakanan seimbang, bengkel dan kursus kejurulatihan serta program kemasyarakatan sehingga Julai 2018.

Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghormatan hasil daripada kerja keras dan mencetus semangat baharu dalam kalangan semua pihak yang terlibat dalam program akar umbi.

“Satu penghormatan buat kami dalam menerima anugerah ini. Terima kasih diucapkan kepada rakan kerjasama kami untuk komitmen dan sokongan yang berterusan,” katanya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam,menambah FAM berjaya menepati intipati tema anugerah Dream Asia iaitu melakukan perubahan untuk kebaikan bola sepak.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tanggungjawab Sosial AFC, Sardor Rakhmatullaev kepada Stuart.

“Terima Kasih AFC. Anugerah ini pastinya akan menaikkan lagi FAM dalam memperbaiki mutu pembangunan remaja,” katanya.

Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew berharap menerusi anugerah ini, FAM akan melangkah lebih baik dalam setiap sudut.

“FAM percaya, akar umbi dan tanggungjawab sosial saling berkait rapat maka bersama Presiden FAM Dato’ Haji Hamidin, Stuart dan pengarah teknikal, Peter De Roo, kami mempunyai pelan tindakan yang jelas untuk Malaysia.

“Anugerah ini juga menandakan bermulanya pembangunan akar umbi di Malaysia dan pengiktirafan ini akan menaikkan semangat kita untuk saling bekerja sama dengan rakan gabungan dalam menggunakan bola sepak sebagai pemangkin dalam mendidik, menggilap bakat dan menyelesaikan masalah di kalangan generasi baru pemain muda di Negara ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN