FAM Tangguh Perlaksanaan Sistem VAR Di Liga Malaysia Pada Tahun 2019

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka akan menangguhkan penggunaan sistem VAR dalam saingan Liga Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM iaitu Subkhiddin Salleh, keputusan untuk menangguhkan penggunaan sistem VAR itu apabila mereka menyaksikan sistem itu belum lagi bersedia untuk dilakukan.

Pada pelan asalnya, FAM menetapkan sistem VAR akan digunakan pada saingan Liga Malaysia 2018 dengan ujian penggunaan sistem tersebut akan diadakan pada saingan separuh akhir dan akhir Piala Malaysia 2017.

Akan tetapi selepas menyaksikan sistem VAR diguna pakai pada kejohanan seperti Piala Dunia B-20 dan juga Piala Konfederasi, FAM merasakan sistem VAR sebagai “separa matang”.

Hal ini kerana, sistem VAR belum lagi tajam dari segi keberkesanannya dan bagi mengelakkan salah faham dalam kancah bola sepak negara, eloklah ia ditangguh ke 2019.

Oleh yang demikian, FAM akan menunggu sehingga sistem VAR benar-benar diperlukan dan dinyatakan dalam Laws of the Game 2018-2019.

Akan tetapi menurut Subkhiddin, projek sistem VAR FAM akan tetap diteruskan bagi terus memerhati perkembangan sistem ini dengan sasaran utama adalah ketika Piala Dunia 2018.

Piala Dunia 2018 merupakan sasaran FIFA untuk mengadakan sistem VAR secara penuh.

Sumber:

  1. Persatuan Bola Sepak Malaysia (2017): VAR Masih Eksperimen, Perlaksanaan Di Liga-M Ditangguh Ke 2019; http://www.fam.org.my/news/var-masih-eksperimen-pelaksanaan-di-liga-m-ditangguh-ke-2019

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN