FAM Tak Lupa Untuk Beri Tumpuan Buat Skuad B-23 Negara

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap diri mereka tidak pernah mengamalkan sikap lepas tangan kepada skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan ketika ini.

Terdahulu, skuad B-23 negara bakal menghadapi saingan Piala Asia B-23 di Qatar tidak beberapa bulan sahaja lagi, dan kini tanda tanya mula tercetus dalam kalangan penyokong setia Harimau Malaya mengenai persiapan pasukan tersebut.

Apa tidaknya, saingan Piala Asia B-23 itu nanti sudah tentu akan menjadi suatu cabaran yang cukup getir buat pasukan negara dan persiapan rapi seperti kem latihan pusat dan siri perlawanan persahabatan perlu dibuat seawal mungkin.

Timbul persoalan kini, jika FAM menyisihkan skuad B-23, selepas persiapan dibuat mereka kepada pasukan senior terdahulu dilihat jauh lebih menyakinkan sebelum ke saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Walaupun begitu, Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM tampil menjelaskan keadaan sebenar mengenai persiapan bakal dilakukan mereka untuk skuad B-23 kebangsaan.

Jelas Azman, mereka sama sekali tidak mengetepikan skuad B-23 tetapi beberapa perancangan sudah dibuat untuk memastikan pasukan tersebut mampu bersinar di kejohanan Piala Asia nanti.

Demi menjaga momentum para pemain kendalian Juan Torres Garrido, FAM juga dilaporkan sedang cuba mengatur beberapa perlawanan persahabatan untuk pasukan itu tampil lebih bersedia sebelum mengharungi saingan tersebut.

“Kita memang ada perancangan untuk skuad B-23 termasuklah untuk ke Qatar pada April tetapi kita belum mendapat pengesahan dan ada kekangan untuk kita dapatkan perlawanan.

“Sebab itulah kita tidak boleh umumkan lagi tetapi memang ada perancangan untuk bulan Mac dan juga April. Kita mahukan yang terbaik untuk pasukan tetapi apa pun, kita tengok tunggu maklum balas daripada mereka,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Malaysia B-23 menjadi antara negara dari Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri ke saingan Piala Asia B-23 di Qatar selepas mereka muncul selaku empat pasukan naib juara terbaik ketika aksi kelayakan.

Untuk saingan tersebut, pasukan B-23 negara diletakkan dalam Kumpulan D bersama-sama Uzbekistan, Vietnam, serta Kuwait sebelum melangkah ke pusingan seterusnya.

Bagi saingan ini, Malaysia berpeluang untuk merebut tiket ke saingan Olimpik di Paris jika mereka mampu untuk sekurangnya mara ke pusingan separuh akhir Piala Asia B-23.

Namun, Malaysia perlu menjadi antara tiga negara terbaik dalam kejohanan itu jika mahu melayakkan diri secara merit, atau mereka terpaksa berdepan aksi ‘play-off’ bersama pasukan dari Afrika untuk merebut tiket satu lagi slot ke saingan Olimpik.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN