FAM Seru Bantuan India Cari Lawan Buat Malaysia Pada Aksi Persahabatan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan bakal menghadapi satu lagi aksi persahabatan pada bulan November akan datang dalam misi untuk terus memperkukuhkan skuad kebangsaan bawah kendalian Pau Marti Vicente.

Terdahulu, organisasi tersebut mengesahkan skuad Harimau Malaya bakal menentang India dalam aksi persahabatan dengan cetusan tanda tanya turut dilontarkan peminat bagi perlawanan kedua.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Berita Harian, Malaysia berkemungkinan akan menghadapi satu lagi aksi persahabatan menentang pasukan dari Asia Selatan bulan hadapan.

Aksi persahabatan sudah tentu kini diperlukan skuad Malaysia kerana mereka memiliki cabaran untuk cuba melayakkan diri sekali lagi ke saingan Piala Asia seterusnya.

Tanpa kelibat Kim Pan-gon yang melepaskan jawatan selaku jurulatih utama kebangsaan, jelas tanggungjawab berat kini ditanggung Pau Marti Vicente untuk membentuk gandingan mantap membabitkan barisan pemain kebangsaan.

Menurut Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, beliau menyatakan pihak mereka bakal memastikan Harimau Malaya menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 pada bulan November akan datang.

Ini kerana pasukan kebangsaan perlu memperbaiki kedudukan semasa ranking mereka untul berada di tempat lebih baik sekali gus menggembirakan peminat.

Untuk rekod, Malaysia kini dijadualkan bakal berdepan India pada 19 November hadapan dan satu lagi aksi persahabatan masih sedang diteliti.

“Kita akan mencari satu lagi pasukan supaya skuad kebangsaan dapat mengharungi dua perlawanan persahabatan pada November ini.

“Satu lagi pasukan akan ditentukan kelak dan pada masa sama, kita juga meminta bantuan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) untuk mencari satu pasukan di bahagian Asia Selatan.

“Perlawanan persahabatan ini cukup penting dalam usaha memantapkan barisan pemain bagi mengharungi perlawanan Piala ASEAN 2024 pada Disember ini,” jelas beliau menerusi Berita Harian.

Terdahulu skuad kebangsaan sekadar mencipya sati keputusan seri pada aksi persahabatan Tier 2 menentang Auckland FC serta meraih kekalahan ketika berdepan New Zealand.

Tanpa sebarang kemenangan sejak dua aksi lalu, sudah tentu Pau Marti ingin mencipta kembali kejayaan buat Harimau Malaya pada siri persahabatan akan datang.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN