FAM: Selesai Tunggakan Gaji Selewatnya 31 Januari 2020 Atau Berdepan Hukuman Pemotongan Mata

Pasukan – Melaka, PDRM dan Kelantan berdepan hukuman pemotongan mata Liga Super 2020 dan Liga Premier 2020 andai gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing pada 31 Januari 2020.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam telah mengeluarkan surat kepada tiga pasukan berkenaan dengan memberikan tempoh masa kira-kira dua minggu bagi melangsaikan hutang berkenaan atau mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit.

Namun, jika mana-mana pasukan di atas didapati gagal untuk berbuat demikian pada tarikh akhir yang ditetapkan iaitu pada 31 Januari 2020, masing-masing akan dikenakan hukuman pemotongan 3 mata secara serta merta.

Bagaimanapun, tiada sebarang hukuman pemotongan mata akan dikenakan jika tunggakan gaji berkenaan dapat diselesaikan sepenuhnya atau persetujuan bersama di antara pasukan dan pemain/pegawai berjaya dicapai sebelum atau pada 31 Januari 2020.

Namun andai ia masih juga gagal diselesaikan sehingga tarikh akhir kedua yang ditetapkan iaitu pada 28 Februari 2020, pasukan berkenaan akan dikenakan pula hukuman tambahan iaitu pemotongan sebanyak 6 mata lagi.

stuart-ramalingam-fam
FOTO: Astro Arena

Selepas itu, jika ia tetap tidak dapat diselesaikan pada tarikh akhir ketiga yang ditetapkan iaitu pada 30 Mac 2020, pasukan berkenaan akan dikeluarkan terus secara serta merta dari Liga Super 2020 (jika membabitkan Melaka dan PDRM) dan Liga Premier 2020 (jika membabitkan Kelantan).

Ingin juga diingatkan, mana-mana pasukan di atas yang telah mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit sebelum tarikh akhir pertama yang ditetapkan iaitu pada 31 Januari 2020, mereka tetap boleh dikenakan hukuman pemotongan 3 mata secara serta merta pada bila-bila masa jika didapati melanggar atau tidak membayar tunggakan kepada pemain atau pegawai berkenaan mengikut tarikh-tarikh yang telah pun dipersetujui.

Justeru FAM berharap agar ketiga-tiga pasukan ini memberi perhatian serius dan perlu mematuhi keperluan ini sebelum tarikh akhir pertama yang ditetapkan iaitu pada 31 Januari 2020 jika tidak mahu dipotong sebarang mata.

Nota Editor: Ini adalah kenyataan rasmi oleh Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN