FAM Sedia Pertimbangkan Cadangan Tony Fernandes Ubah Struktur Liga FAM

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes mencadangkan agar format Liga FAM dikaji semula.

Pemilik kelab bolasepak PJ Rangers itu menyifatkan format Piala FAM yang sedia ada sudah tidak relevan lagi dan tidak sesuai dengan bola sepak moden.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi jaminan segala cadangan untuk menambah baik struktur Liga FAM akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu, minggu hadapan.

Timbalan pengerusinya, Mohd Firdaus Mohamed bercakap kepada Berita Harian, setuju dengan saranan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes supaya format Liga FAM dikaji semula.

“Sebenarnya, kita juga ada perancangan meningkatkan lagi taraf Liga FAM selaras dengan kehendak Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan Liga FAM menjadi bertambah baik berbanding sekarang ini.

“Struktur Liga FAM yang sedang dilaksanakan sekarang adalah templat daripada pentadbiran terdahulu, jadi Tunku Ismail sudah memandang lebih jauh apabila beliau sememangnya mahukan penambahbaikan dalam liga divisyen tiga itu.

“Secara peribadinya, cadangan Tony satu cadangan yang baik dan kita akan perhalusi dalam mesyuarat minggu hadapan. Apapun, penambahbaikan sudah pasti akan dapat kita saksikan selepas ini,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Semalam, Tony yang juga pemilik PJ Rangers menyarankan kepada FAM supaya dapat mengkaji semula format liga divisyen tiga itu bagi menjadikan ia lebih kompetitif sekali gus mampu menarik lebih ramai penonton ke stadium.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan format Piala FAM perlu disusun semula bagi memudahkan peminat bola sepak tanah air memahami cara dan kepentingan sebenar penganjuran liga divisyen tiga itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN