FAM Sedia Manfaat Peruntukan RM15 Juta Sebaik Mungkin

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sedia mencipta beberapa perubahan baharu pada masa akan datang dengan memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan yang telah diberi sebanyak RM15 juta.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Ser Anwar Ibrahim mengesahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menerima suntikan dana sebanyak RM15 juta untuk tahun 2025 demi meningkatkan lagi mutu sukan tersebut.

Fokus Anwar Ibrahim kepada bola sepak Malaysia bukan lagi suatu yang baharu, apabila beliau sebelum ini pernah memberi perhatian kepada perjalanan semasa skuad Harimau Malaya.

Atas keprihatian pimpinan kerajaan bawah naungan beliau, Anwar menyatakan sumbangan bernilai jutaan ringgit tersebut akan diberikan kepada FAM.

Bukan sahaja tertumpu kepada skuad senior, nilai RM15 juta itu juga bakal digunakan untuk pembangunan bola sepak di pentas akar umbi demi melahirkan lebih ramai bakat-bakat muda berkualiti.

Jumlah dana tersebut dinyatakan Anwar sendiri pada sesi pembentangan belanjawan 2025 di Dewan Rakyat beberapa hari lalu dan mendapat maklum balas positif peminat bola sepak Malaysia di media sosial.

“Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, 15 juta ringgit disediakan kepada pasukan Harimau Malaya, pasukan bawah 18 dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain,” kata beliau.

Jelas Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM pula, mereka bakal membuat beberapa perubahan dengan memanfaatkan dana tersebut sebaik mungkin.

“FAM akan merealisasikan hasrat Perdana Menteri untuk melihat prestasi skuad kebangsaan berada pada tahap terbaik. FAM akan memanfaatkan sebaiknya dana yang disediakan bagi meningkatkan prestasi dan memperkasa skuad kebangsaan.

“Beberapa penambahbaikan akan dilakukan buat skuad kebangsaan sejajar dengan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan,” kata beliau menerusi perkongsian Kosmo.

PMX Salur Dana RM15 Juta Buat FAM

Pada masa sama, FAM sendiri berbesar hati untuk menerima peruntukan tersebut yang dianggap mampu untuk memberi impak terbaik buat perjalanan serta pembangunan bola sepak negara.

“Sudah tentu FAM amat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen daripada Datuk Seri Anwar dalam memberikan peruntukan RM15 juta,” kata Azman akhir sekali.

Secara keseluruhan, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250 juta dengan merangkumi pembangunan atlet di Malaysia pada tahun 2025.

Sumber:
KOSMO

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN