FAM Sasar Harimau Malaya Ke Final Asean Championship 2024

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nampaknya tampil dengan begitu optimis apabila mereka meletakkan sasaran skuad kebangsaan untuk ke pentas akhir saingan Asean Championship 2024.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, dengan beliau berharap para pemain Malaysia mampu mempamerkan aksi lebih baik di kejohanan tersebut.

Untuk rekod semasa, Malaysia kini telah pun mengharungi dua perlawanan bersama kualiti kurang memberansangkan apabila mereka sekadar terikat seri 2-2 menentang Kemboja serta meraih kemenangan tipis 3-2 mengatasi Timor Leste.

Dua perlawanan dihadapi Harimau Malaya terdahulu menyaksikan pelbagai kritikan timbul dalam kalangan peminat yang menyangka Malaysia mungkin akan pulang lebih awal pada kejohanan tersebut.

Namun sebaliknya pula berlaku dengan FAM menyasarkan skuad kebangsaan mampu melangkah ke pentas akhir pada kejohanan tersebut biarpun secara asasnya ia dianggap sukar.

“Kita ada letak sasaran. Bagi sasaran itu, kita tengok setakat mana dan setinggi kita yang kita boleh pergi tetapi sasaran kita sudah semestinya untuk ke final.

“Tetapi saya yakin dengan kemampuan Pau Marti, dia boleh (bawa pasukan ke final). Dia boleh membimbing dan dia boleh bentuk pasukan yang baik dengan gabungan pemain senior dan pemain muda,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Untuk rekod, Malaysia hampir melangkah ke pentas akhir pada saingan edisi lalu sebelum Malaysia yang dikendalikan Kim Pan-gon ketika itu terkandas di tangan Thailand.

Bagi saingan musim ini, Malaysia tampil serba serbi kekurangan apabila mereka tidak mampu membawa skuad terbaik di pentas kejohanan itu kerana saingan domestik masih berlangsung.

Memburukkan keadaan, Harimau Malaya turut kehilangan beberapa pemain utama mereka yang dipanggil kembali oleh pasukan diwakili untuk aksi domestik.

Empat pemain dipanggil oleh Sabah ialah Dominic Tan, Darren Lok, Daniel Ting, serta Stuart Wilkin dan mereka tidak dapat meneruskan aksi seterusnya bertemu Thailand.

Sementara itu Syafiq Ahmad pula dijangka turut terlepas pada aksi ketiga Asean Championship apabila beliau disahkan mengalami kecederaan ketika bertemu Timor Leste lalu.

Melihat kepada prestasi semasa Thailand, dijangka Malaysia bakal menghadapi cabaran cukup getir untuk mempertahankan momentum tanpa kekalahan.

Foto: Sazli Sidik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN