FAM Sambut Baik Jalinan Kerjasama Dengan Manchester City

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyifatkan jalinan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kelab juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City merupakan satu perkhabaran positif.

Beliau juga menafikan jalinan itu akan mendatangkan kesan negatif kepada kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dalam pembangunan bola sepak.

“Pada mesyuarat akan datang, saya pasti KBS akan memaklumkan kepada FAM hasil perbincangan dan apa ditawarkan City. Tidak bermaksud apabila kita ada jalinan bersama Jepun, kita tidak boleh buat perkara sama dengan pasukan atau negara lain.

“Adalah terbaik untuk mempunyai sebanyak mungkin pilihan bagi bola sepak Malaysia. Ini tidak bermakna apabila pemain kita pergi ke Jepun, kita akan memainkan falsafah Jepun atau guna pakai falsafah Pep Guardiola apabila ke City. Akhirnya kita mempunyai gaya bola sepak ala Malaysia,” katanya dalam utusan Malaysia

FOTO: Syed Saddiq

Baru-baru ini, delegasi Manchester City yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ferran Soriano kini berada di Malaysia untuk melihat potensi membangunkan sebuah kelab bola sepak sambil melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Saddiq melihat kehadiran City bakal memberikan impak yang positif kepada pembangunan belia, melalui Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

“Menyerap input City ke dalam Akademi Mokhtar Dahari (AMD) tidak bermakna AMD diambil alih sepenuhnya oleh City. Saya pasti ia hanya pilihan untuk menimba pengalaman struktur kelab tersebut untuk pemain kita,” katanya.

FOTO: Syed Saddiq

Stuart turut menjelaskan, FAM sudah dimaklumkan mengenai pertemuan itu, namun, tiada wakil FAM dalam perbincangan tersebut.

“Makluman mengenai pertemuan itu memang ada, tetapi, kita (FAM) tidak terlibat…tiada isu utama untuk kami kerana lambat laun kita akan pasti menemui KBS dan hal ini akan dibincangkan. Tidak semestinya semua pertemuan di mana menteri bercakap mengenai topik bola sepak, FAM kena ada,” kata Stuart.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN