FAM Sahkan Minat 3 Negara Sertai Kejohanan Empat Penjuru

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi tiga pasukan antarabangsa pada kalendar perlawanan antarabangsa FIFA yang akan datang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak malaysia (FAM) semalam, yang mengesahkan tiga pasukan antarabangsa telah mengesahkan minat mereka untuk menyertai kejohanan empat penjuru yang dianjurkan oleh badan bola sepak negara itu.

Gambar: Football Tribe

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini dengan sukacitanya mengumumkan tiga pasukan luar telah memberikan pengesahan berminat untuk menyertai kejohanan empat penjuru yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada tarikh perlawanan antarabangsa FIFA, Mac ini,” ujar Stuart melalui kenyataan yang disiarkan di laman sosial FAM petang semalam.

Sebelum ini FAM telah menerima surat pengesahan dari New Zealan dan Oman untuk menyertai kejohanan tersebut. Semalam FAM turut menerima pengesahan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang turut mengambil bahagian.

Pengesahan tersebut sekaligus membenarkan FAM menghantar Peraturan Pertandingan kepada setiap Persatuan, sebelum pengesahan akhir mengambil bahagian dilakukan dalam masa terdekat.

FAM turut mengesahkan kejohanan tersebut belum mempunyai nama rasmi, tarikh dan venue yang akan diumumkan dalam satu media sedikit masa lagi.

Namun tarikh kejohanan berkemungkinan besar akan dilangsungkan diantara 18 sehingga 26 Mac, yang membenarkan setiap pasukan bertanding melalui dua perlawanan di dalam tempoh itu.

Oman kini berada di tangga ke-89 ranking FIFA, New Zealand di tangga ke-109, Malaysia ke-167, dan Singapura di tangga ke-165 dunia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN