FAM Sahkan Sudah Ada Senarai Pemain Untuk Program Naturalisasi Harimau Malaya

De Paula, Naturalisasi

Menurut The Star, dua pegawai daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa mereka telah memiliki senarai pemain-pemain untuk program naturalisasi.

Ini berikutan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM baru-baru ini yang meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi bagi meningkatkan kualiti skuad kebangsaan.

Mulakan perbincangan

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan bahawa mereka telah memiliki senarai pendek pemain-pemain yang bakal genap 5 tahun menetap di Malaysia dan akan berbincang bersama pemain dalam masa terdekat mengenai proses ini.

Namun, menurutnya, pihak kelab masing-masing perlu memainkan peranan dan membantu pemain-pemain tersebut bagi menjayakan proses ini jika pemain tersebut menyatakan minatnya.

Foto: FAM

“Kelab perlu bantu mereka mencapai hasrat mereka.

“Pemain seperti (Guilherme) De Paula, Liridon (Krasniqi) dan (Lee) Tuck perlu memaklumkan hasrat mereka itu kepada pihak kelab.

“Untuk De Paula dan Liridon, mereka hanya perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum boleh memohon, sementara untuk kes Lee Tuck, pihak kelab perlu membantunya. Kelab dan pemain mesti saling bekerjasama,” jelasnya.

“Ia juga akan memanfaatkan kelab tersebut kerana mereka akan kembali mendapat slot pemain import (selepas pemain tersebut dinaturalisasikan),” tambahnya lagi.

Pemain perlu ikhlas

Stuart turut menegaskan yang pemain-pemain tersebut perlulah ikhlas untuk menyarung jersi skuad kebangsaan dan bukan mahu mendapatkan pengalaman semata-mata.

“Pemain-pemain tersebut mestilah berikan sehabis baik dan kita tidak mahukan pemain yang bermain untuk kepentingan peribadi.

“Bagi saya, Malaysia mestilah dihati mereka,” jelasnya lagi yang turut memberikan contoh beberapa pemain yang telah dinaturalisasikan hasil kerjasama baik pemain dan kelab.

Mohamadou Sumareh. FOTO: FAM

Antara pemain yang disebut oleh Stuart adalah Junior Eldstal, Brendan Gan, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh.

Selain itu, Timbalan Presiden FAM yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi, Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan kepada The Star yang De Paula and Liridon Krasniqi telah berada di dalam radar mereka.

Sementara itu, De Paula yang dihubungi pula menjelaskan yang dia sememangnya berminat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan namun tiada apa-apa berita lagi mengenainya.

“Saya dalam tahun kelima di Malaysia dan berharap dapat bermain bersama skuad kebangsaan tidak lama lagi,” ujar De Paula.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN