FAM Rangka Pelan Alternatif Ganti Aksi Menentang Bahrain

Malaysia Bahrain Persahabatan 2020 Batal

Tiada aksi pemanas badan buat skuad kebangsaan sebelum aksi keenam Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Malaysia menentang UAE.

Malaysia dijadualkan akan menentang Bahrain dalam aksi persahabatan di Stadium Khalifa Sports City, Isa Town pada 21 Mac, lima hari sebelum aksi menentang UAE.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam kenyataannya mengesahkan perkara itu dan ianya berpunca daripada penularan wabak COVID-19 dan sekatan terhadap rakyat Malaysia untuk memasuki Bahrain.

FAM menerima pembatalan aksi tersebut dan dikhabarkan akan melakukan pelan alternatif untuk menyediakan skuad Harimau Malaya sebelum dua aksi kelayakan.

“Kerajaan Bahrain pada Jumaat lalu (21 Februari 2020) telah mengetatkan perjalanan keluar dan masuk ke negara berkenaan membabitkan individu-individu dari negara yang berdekatan atau berhampiran dengan wabak COVID-19 termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan dan Iran.

“Menerusi surat yang diterima FAM daripada Persatuan Bolasepak Bahrain (BFA), hari ini, setiausaha agungnya, Ebrahim Saad Al Buainain memaklumkan bahawa pihaknya memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan penganjuran perlawanan berkenaan berikutan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

“FAM menerima secara terbuka pembatalan aksi bertemu Bahrain ini dan akan melakukan pelan alternatif bagi penyediaan pasukan menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE di Dubai pada 26 Mac 2020 dan menentang Vietnam di Bukit Jalil pada 31 Mac 2020.

“Perkembangan terkini mengenai persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” memetik kenyataan rasmi daripada Stuart Ramalingam di laman sesawang FAM yang telah dikeluarkan semalam.

Dalam saingan kelayakan ketika ini, Malaysia berada di kedudukan kedua kumpulan dengan mengumpul 9 mata, dua mata di belakang Vietnam dan satu mata di depan Thailand. UAE yang kurang satu perlawanan di kedudukan ke-4 dengan enam mata.

Malaysia akan melalui dua perlawanan dengan aksi menentang UAE pada 26 Mac di Dubai dan pulang ke Malaysia untuk aksi menentang Vietnam pada 31 Mac depan.

KREDIT FOTO: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN