FAM Sahkan Pahang FA Tidak Sertai Piala AFC 2018

Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP)  mengesahkan tidak akan menghantar penyertaan untuk bersaing di pentas Piala AFC 2018 bagi menggantikan Kedah FA yang gagal memperolehi lesen pertandingan.

Memetik sumber yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman rasmi-nya, Pahang disahkan secara rasmi tidak menyertai kejohanan tersebut.

Badan induk bola sepak negara itu tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas tarikh akhir 30 November yang diberikan kepada pasukan Pahang berlalu.

KUANTAN 17 SEPTEMBER 2017. Kesebelasan utama pemain Pahang pada saingan suku akhir pusingan pertama Piala Malaysia menentang Perak di Stadium Darul Makmur. NSTP/FARIZUL HAFIZ AWANG

Setiausaha Agung FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin dalam kenyataan tersebut berkata:

“Mengikut peraturan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalkan Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana-mana pasukan lain.

“Oleh yang demikian, juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia dengan mereka akan beraksi di perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018.”

“Jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, mereka akan secara automatik mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018”.

JDT menjuarai gelaran Piala AFC pada 2015.

Namun demikian, Selangor bakal ditawarkan tempat untuk mengisi slot Piala AFC 2018 sekiranya JDT berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara AFC tahun depan.

Ini menjadikan hanya satu wakil tunggal Malaysia yang akan membawa cabaran dalam kejohanan Piala AFC, sekiranya JDT layak ke pentas Liga Juara-Juara itu.

Dato’ Haji Hamidin turut berkata, undian rasmi bagi kedua-dua kejohanan akan diadakan pada 6 Disember ini di AFC House, Bukit Jalil.

Kenyataan rasmi ini sekaligus menamatkan teka-teki mengenai status Pahang untuk tampil beraksi di pentas Asia musim depan.

Untuk rekod, kali terakhir Pahang beraksi di kejohanan ini adalah pada tahun 2015 dan menyaksikan Pahang mara ke saingan suku akhir sebelum ditewaskan oleh Istiklol FC dari Tajikistan .

Tahun tersebut turut menyaksikan skuad Pahang beraksi sehingga 46 perlawanan, dengan pertandingan Piala Asia menjadi antara penyumbang jumlah perlawanan kompetitif Tok Gajah pada musim tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN