FAM Puji Komitmen KLFA Dalam Memenuhi Syarat Pelesenan Kelab

Kejayaan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menerima sijil pelesenan kelab selama tiga tahun berturut-turut tanpa sebarang masalah mendapat pujian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menganggap persatuan itu sebagai ahli gabungan contoh.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kunjungan hormat badan induk bola sepak negara itu ke KLFA memberikan pujian tersebut dengan memberikan markah ‘cemerlang’ kepada KLFA yang memenuhi segala syarat-syarat pelesenan kelab mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Dalam majlis yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin itu KLFA turut membentangkan perancangan pemarsaran dan program pembangunan kelab bermula dari tahun 2020 sehingga 2025.

Sebagai rekod, KLFA mendapat lesen kelab bermula sejak 2018 dan menjadi kelab pertama yang menerima lesen tersebut pada 2019. Malah pasukan tersebut juga menerima pelesenan kelab daripada Kelab Bola Sepak Asia (AFC) bagi tahun 2020.

“Perkara utama yang dibincangkan ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta usahasama antara FAM dengan KLFA khususnya dan kemas kini Peraturan Pelesenan Kelab FAM 2020 iaitu memprofesionalkan pasukan menerusi tiga pilihan dalam proses pertukaran daripada FA kepada FC untuk saingan liga,” katanya.

Presiden KLFA, YB Khalid Samad yang turut hadir berkata beliau dan semua barisan EXCO KLFA berbesar hari dan berharap FAM akan membantu pihaknya dalam memberikan khidmat nasihat untuk berada di tahap yang cemerlang.

“Kami berharap semua berjalan dengan baik musim ini untuk mencapai misi naik semula ke Liga Super musim depan,” katanya.

Datuk Haji Hamidin kemudian menambah, kunjungan hormat ini selari dengan usaha FAM mengingatkan ahli gabungan agar berfikir dan bekerja secara profesional menuju F:30.

“Ini sebahagian daripada objektif kami memastikan ahli gabungan memahami visi dan misi FAM, selain keinginan FAM untuk ahli gabungan melakukan gerak kerja mengikut kemampuan masing-masing kerana pada asasnya kita wujud untuk mempromosikan bola sepak di semua peringkat.

“Kami di FAM sememangnya sentiasa memberi khidmat sokongan dan bantuan dari sudut urus tadbir, teknikal serta pembangunan pertandingan kepada ahli gabungan,” katanya lagi.

Kredit Foto: KLFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN