FAM Pertimbang Guna Stadium Negeri Pulau Pinang Untuk Aksi Harimau Malaya

FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang memerhatikan beberapa buat stadium untuk dijadikan sebagai pengganti kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, tiga buah stadium kini diibaratkan di dalam “senarai akhir” badan induk bola sepak negara itu untuk dijadikan pengganti kepada SNBJ yang bakal ditutup untuk kerja-kerja penggantian rumput.

Tiga stadium tersebut adalah Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Negeri Pulau Pinang dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Bercakap kepada media, Azman mengatakan yang pemilihan SSI di Iskandar Puteri adalah berkemungkinan tinggi kerana faktor fasilitinya yang dianggap terbaik.

“Berkemungkinan besar. Stadium Sultan Ibrahim memang ada dalam radar kami.

“Selain itu, Stadium Negeri di Batu Kawan serta stadium di Terengganu [SSMZA] juga ada dalam senarai kami,” kata Azman kepada media.

Azman turut mendedahkan yang Stadium Hang Jebat di Melaka turut dipertimbang untuk menjadi gelanggang sementara Harimau Malaya.

Dalam masa yang sama, stadium-stadium yang lain juga sebenarnya turut berada dalam pemerhatian FAM namun mungkin mereka tidak akan diletakkan dalam senarai akhir.

Sebelum ini, Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Stadium Hang Jebat dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pernah menjadi calon untuk gelanggang Harimau Malaya bagi saingan Piala AFF 2022.

Namun begitu, FAM memilih untuk menggunakan SNBJ pada kejohanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN