FAM Perkenalkan Mekanisme Proses Pengambilan Pemain Naturalisasi

Bagi meningkatkan kualiti pasukan kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah meluluskan mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat iaitu jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Pulau Pinang.

Menurut kenyataan rasmi daripada FAM, tiga peringkat pengambilan pemain naturalisasi telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM setelah dibentangkan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selaku Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi.

FOTO: FAM

1. Proses Jangka Pendek:

– Ia membabitkan pemain berdarah campuran yang sama ada mereka sendiri dilahirkan di Malaysia, ibu atau bapanya dilahirkan di Malaysia; atau datuk atau neneknya dilahirkan di Malaysia.

– Sebagai contoh, pemain-pemain berdarah campuran yang telah pun menyarung jersi Harimau Malaya antaranya Matthew Davies, Darren Lok, Brendan Gan, Kiko Insa, Natxo Insa dan terbaharu, Nicholas Swirad yang dipanggil untuk kem latihan pusat baru-baru ini.

-Serta pemain asing yang telah bermain dalam liga bola sepak tempatan dan menetap secara minimum di Malaysia 5 tahun berturut-turut.

– Contoh, pemain asing pertama yang sudah pun menyarung jersi Harimau Malaya sejak tahun lalu ialah pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang berasal dari Gambia.

2. Proses Jangka Pertengahan:

– Ia membabitkan pemain asing baharu berusia 18 tahun ke atas dan telah bermain dalam Liga Malaysia untuk 1 atau 2 tahun, serta meyakinkan pemain untuk menetap dengan minimum 5 tahun.

3. Proses Jangka Panjang

– Ia membabitkan pemain asing yang masih di peringkat remaja (bawah 18 tahun)

– Berapa jumlah pemain, lingkungan usia pemain, negara asal pemain dan lain-lain perkara berkaitan akan dicadangkan oleh panel teknikal yang akan ditubuhkan.

– Panel teknikal terdiri daripada Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo, barisan jurulatih-jurulatih kebangsaan dan individu-individu lain yang berkaitan ini akan memberi cadangan dan nasihat kepada FAM dari sudut teknikal.

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketujuh berlangsung di Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) sebagai sebahagian daripada agenda menjelang  2017-2021.

FOTO: FAM

Delegasi FAM diketuai Presiden, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin dengan kunjungan itu turut diiringi barisan exco FAM. FAP diwakili Presidennya, YB Dr. Amar Pritpal Abdullah; Timbalan Presiden, Dato’ Abdul Rashid Ismail; Setiausaha Kehormat, Dastagir V. K. Mohd Yassin dan ahli exco.

Antara perkara yang dibincangkan ialah isu semasa berkaitan bola sepak tempatan serta jalinan kerjasama antara FAM dengan persatuan khususnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN