FAM Perkenal ‘Pakej Rahmah’ Untuk Penyokong Harimau Malaya Ke Qatar

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun memperkenalkan program ‘Road To Doha’ sebentar tadi buat para penyokong setia Harimau Malaya yang ingin pergi ke Qatar bagi memberi sorakan padu buat pasukan kebangsaan nanti.

Saingan Piala Asia bakal membuka tirai pada Januari hadapan dengan sebelum itu segelintir penyokong Harimau Malaya menyuarakan impian mereka untuk hadir ke Qatar sebagai tanda sokongan buat skuad negara.

Menyedari perkara itu, pada Jun lalu satu sesi TownHall telah diadakan oleh Presiden FAM iaitu Datuk Haji Hamidin ketika di Terengganu dengan beliau berjanji untuk membantu para penyokong bola sepak negara ke Qatar.

“Oleh itu, rentetan perkara tersebut beberapa perbincangan bersama pihak terlibat telah pun dilakukan termasuk bersama wakil Ultras Malaysia, saudara Lekir untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Hannah Yeoh untuk memohon kos tiket penerbangan daripada Malaysia Airlines (MAS) mampu dikurangkan,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman.

Hasilnya, satu kerjasama terbentuk membabitkan FAM bersama MFA Sports serta MAS yang akan menawarkan pakej meliputi tiket penerbangan, pengangkutan, tiket perlawanan, serta makanan sepanjang di sana.

“Diharap dengan usaha dilakukan ini mampu memudahkan buat para penyokong Harimau Malaya yang kini sedang merancang untuk pergi menyaksikan perlawanan skuad kebangsaan di Piala Asia selepas mereka layak secara merit setelah 42 tahun.

“Saya mewakili pihak FAM sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Hannah Yeoh serta pihak-pihak lain yang banyak membantu serta memberi sokongan penuh kepada MFA Sports bersama MAS dalam menjalankan urusan perjalanan serta penginapan buat para penyokong Harimau Malaya yang menyertai pakej dalan program ‘Road To Doha’ ini,” kata beliau lagi.

Piala Asia 2023: Kim Pan-gon Mahu Banggakan Penyokong Malaysia

Pakej yang diperkenalkan untuk program tersebut bermula dengan harga RM1838 tidak termasuk penerbangan sehingga ke RM11,500 menurut kenyataan dikeluarkan oleh Khairul Effendy Abdullah selaku wakil MFast Resources Holding.

Ianya boleh diakses pada laman sesawang www.mfasport.com pada hari esok sehingga ke 7 November bagi membuat pembelian secara atas talian tanpa had kuota.

“Ia ada beberapa pakej, paling rendah bermula pada harga RM1838, dan paling mahal kepada RM11,500, serta untuk lebih keterangan boleh terus ke laman sesawang kami bermula esok,” kata Khairul Effendy.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN