FAM Perjelas Isu Berhubung Pemecatan Lim Teong Kim, Tetap Beri Sokongan Padu Buat NFDP

LIm Teong Kim

Berita pemecatan ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun (B-16) negara, Lim Teong Kim semalam telah menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak negara terutamanya di media sosial.

Pelbagai reaksi dapat dilihat berikutan keputusan yang dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu selepas skuad B-16 negara tersingkir awal dalam saingan Kejuaraan AFC B-16 di Kuala Lumpur.

FAM menerusi laman Facebook rasmi badan induk bola sepak negara itu tampil bagi memberikan penjelasan terhadap keputusan yang telah diambil tersebut.

Perkara itu diulas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang berkata:

“Setiap lantikan jurulatih dalam mana-mana penyertaan antarabangsa perlu melalui badan induk, seterusnya kami bersetuju dengan pencalonan KBS untuk melantik Teong Kim sebagai ketua jurulatih pasukan.”

“Sepanjang persiapan ke arah kejohanan itu, FAM telah memberi sokongan terbaik kepada pasukan dengan harapan pasukan ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan NFDP sendiri, iaitu kemaraan ke separuh akhir,” katanya.

“Bagi menggambarkan sokongan kami, FAM tidak langsung campur tangan dalam pemilihan jurulatih walaupun ada hak berbuat demikian.”

”Padahal kami mempunyai hak untuk memilih jurulatih lain yang harus diberi hak memilih pemainnya sama ada yang berada dalam atau luar sistem NFDP.”

“Kontrak Teong Kim bukan di bawah FAM maka dengan berakhirnya Kejuaraan B-16 2018 ini, FAM mengambil tindakan menamatkan peranannya selaku ketua Jurulatih Malaysia B-16.”

“Beliau dan FAM tidak ada kaitan sama sekali kerana beliau adalah kakitangan yang dilantik KBS, bukan FAM,” kata Stuart.

Dalam pada itu, Stuart Ramalingam turut menegaskan bahawa penamatan khidmat pengendali yang pernah berkelana di Bayern Munich itu adalah sebagai ketua jurulatih B-16 dan peranannya sebagai ketua jurulatih AMD di bawah NFDP adalah dua isu yang berbeza.

“Berkenaan NFDP, FAM ketika ini sedang dalam perbincangan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan KBS bagi menyeragamkan langkah susulan. Selama ini, FAM tidak dibabitkan dalam membuat keputusan berunsurkan teknikal.”

Di sebalik kekusutan yang timbul, Stuart memuji dan memberikan sokongan padu terhadap usaha yang dilakukan NFDP dalam mencungkil bakat muda negara.

“Kami beranggapan ia adalah projek yang hebat, bagaimanapun kami ingin tekankan perlu ada penilaian semula agar semua pihak mendapat pemahaman yang sama sejajar dengan matlamat mencapai keputusan lebih baik.”

“Saya ingin jelaskan keputusan yang FAM buat adalah bersandarkan kepentingan serta pembangunan bola sepak Malaysia. Kami berharap dapat berkerjasama dengan semua pihak dalam melahirkan suasana yang lebih kondusif dan positif untuk mencapai keputusan yang kita inginkan.”

Foto: NST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN