FAM Patut Tekan Butang Panik Selepas Gagal Di Piala Asia B-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sewajarnya panik ketika ini selepas kegagalan ditampilkan oleh skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) dalam saingan Piala Asia B-23 yang telah berlangsung di Qatar.

Apa tidaknya, Malaysia telah pun mencatat keputusan sangat buruk sewaktu dalam kejohanan tersebut dengan tiada sebarang kutipan mata dapat dicipta sepanjang mengharungi tiga perlawanan.

Malah, skuad muda kebangsaan turut menampilkan aksi kurang memberansangkan di segenap posisi sehingga menjadi bahan kecaman dalam kalangan peminat di media sosial.

Maruah negara kini boleh dianggap tercalar tatkala negara dari Asia Tenggara lain seperti Indonesia dan Vietnam pesat membangun dalam sukan bola sepak di pelbagai peringkat umur jika dibandingkan Malaysia.

Malah, masing-masing mula menuding jari kepada siapa kesalahan tersebut perlu diletakkan dan kebanyakan kini terarah kepada FAM serta kejurulatihan Harimau Malaya B-23 sendiri.

Hasrat untuk melihat pemain muda negara beraksi di pentas olimpik juga kini sudah pun terkubur dan Malaysia B-23 perlu menerima hakikat masih banyak perlu dibuat untuk mereka tampil lebih hebat.

Disebabkan itu, FAM perlu menekan butang panik untuk membuat perubahan baharu demi memastikan penstrukturan lebih baik dapat dilakukan kepada skuad pembangunan Harimau Malaya pada masa hadapan.

Menurut Mohd Sadek Mustafa selaku pemerhati bola sepak kebangsaan, FAM wajar cemas ketika ini kerana apa ditampilkan oleh skuad B-23 negara mampu memberi kesan kepada pasukan senior kebangsaan.

Kata Sadek, para pemain muda negara kini masih boleh diselamatkan jika FAM membuat beberapa langkah drastik untuk memastikan mereka terus relevan bersama pasukan kebangsaan.

“Mereka (pemain) ada bakat untuk kita jadikan mereka permata. Kita perlukan pakar dalam bidang itu dan perlu ambil langkah drastik yang berkesan bagi mendapatkan keyakinan serta semangat baharu buat skuad B-23.

“FAM perlu panik sebab secara beturut-turut skuad B-23 gagal yang mana di Sukan SEA tahun lalu pun mereka terkandas di peringkat kumpulan. Ia memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dalam skuad itu dan sistem perkembangan pemain muda.

“Apabila pemain peringkat bawah umur ini tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberansangkan, ia akan menyebabkan pasukan senior dalam beberapa tahun akan datang berdepan masalah. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada naturalisasi.

“Kalau kita lihat rata-rata pemain naturalisasi yang ada sekarang pun sudah berusia selain hanya beberapa pemain tempatan yang berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya seperti Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi yang masih muda,” katanya menerusi Berita Harian.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN