FAM & Ong Kim Swee Masih Dalam Perbincangan

DATUK ONG KIM SWEE

Datuk Ong Kim Swee mungkin bukan lagi pengendali skuad Bawah-22 Tahun negara lagi.

Namun ia tidak bermakna jurulatih kelahiran Melaka itu tidak boleh menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara.

Berita Harian pada hari ini mendedahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ong Kim Swee telah mengadakan perbincangan awal untuk bekas jurulatih Skuad B-22 negara itu mengetuai bahagian pembangunan belia.

Ong Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee

Kim Swee yang telah dihubungi akhbar nasional tersebut turut mengesahkan telah melakukan perbincangan dengan FAM mengenai perkara tersebut.

“Tiada apa lagi perkara baharu boleh saya kongsikan. Memang ada perbincangan dilakukan tetapi belum ada sebarang keputusan dibuat,” kata Kim Swee.

Kemungkinan untuk Kim Swee menyertai FAM dengan peranan yang berbeza sememangnya pernah diberikan bayangan oleh Setiausaha Agung badan induk itu, Stuart Ramalingam sebelum ini.

Ini berdasarkan sumbangan dan pengalaman jurulatih tersebut dalam aspek pembangunan pemain muda yang boleh menjadi aset buat bola sepak negara.

Para pemain mendengar arahan Ong Kim Swee ketika sesi latihan pada Februari lalu. FOTO: FAM

Kedudukan Kim Swee bersama FAM dijangka hanya akan diketahui pada Februari hadapan.

Kim Swee mulai mengendalikan skuad bawah umur pasukan negara sejak 2009.

Dan sejak mengendalikan pasukan itu, Kim Swee membimbing pasukan negara ke lima temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan pelbagai pertandingan peringkat umur serantau yang lain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN