FAM Nafi Keisuke Honda Calon Pengendali Baharu Skuad B-23 Negara

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan khabar angin mengenai calon pengendali skuad bawah 23 (B-23) seterusnya merupakan bekas pemain kebangsaan Jepun iaitu Keisuke Honda.

Sebelum itu, beberapa khabar angin timbul di media sosial dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan mengenai kehadiran Honda ke Malaysia adalah sebagai calon pengendali skuad B-23 negara.

Sentuhan Bersama Jurulatih Import & Tempatan Ditagih Skuad B-23 Negara?

Menurut Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, status pengendali baharu Malaysia B-23 sudah pun dikenal pasti dan pengumuman bakal dibuat pada masa akan datang.

“Tak ada, mana ada (Keisuke ganti Elavarasan)…(tetapi) ada perbincangan, dalam masa terdekat kita akan umum,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian .

Kehadiran Honda ke Malaysia beberapa hari lalu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dengan pelbagai andaian diletakkan kepada bekas pemain Piala Dunia 2018 itu.

Status pengendali B-23 Malaysia ketika ini masih lagi belum diisi selepas E. Elavarasan sah melepaskan jawatan tersebut selepas membantu pasukan itu mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024.

Elavarasan menjadi mangsa kritikan sekelompok besar penyokong bola sepak negara kerana aksi ditampilkan pasukan tersebut bawah kendalian jurulatih itu tampil dengan tidak begitu memberansangkan.

Malah, Malaysia juga gagal memenuhi sasaran ditetapkan FAM sebelum itu dalam aksi Sukan SEA serta Piala AFF dengan corak permainan dipamerkan sangat tidak konsisten sehingga mendapat kritikan berterusan.

Beberapa calon jurulatih baharu sebelum itu turut diperkatakan dalam kalangan peminag seperti Hairudin Omar, Kim Hak-bum, Nafuzi Zain, Akmal Rizal Rakhli, serta ramai lagi.

Namun, perkongsian sebelum itu dibuat oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam menyatakan Juan Torres Garrido dari Sepanyol bakal mengendalikan skuad B-23 negara tidak lama lagi.

Malah, khidmat beliau juga dilaporkan bakal dibantu oleh jurulatih muda negara meningkat naik kini iaitu Nidzam Jamil yang kini bersama Selangor selaku pembantu kepada Tan Cheng Hoe.

“Import dan tempatan. Difahamkan, Juan Torres Garrido jadi calon utama untuk ‘naik pangkat’ membimbing skuad B23 negara, juga difahamkan pembantunya ialah Nidzam Jamil!” Kata Zulhelmi.

Apapun, kini para penyokong bola sepak negara hanya perlu menantikan detik untuk FAM membuat pengumuman rasmi sahaja mengenai status jurulatih terbaharu pasukan B-23 negara sambil mengharapkan ada perubahan lebih baik buat kelab tersebut bagi saingan Piala Asia nanti.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN