FAM Minta Pasukan Liga Malaysia ‘Jangan Kacau’ Pemain Skuad Sukan SEA

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap pasukan Liga Malaysia bersabar daripada usaha memancing pemain dari skuad Bawah-22 tahun (B-22) yang sedang membawa cabaran pasukan negara di temasya Sukan SEA 2019 di Manila.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung badan induk bola sepak negara itu, Stuart Ramalingam semalam ketika bercakap kepada Berita Harian.

Foto: Astro Arena

Menurut Stuart, pemain-pemain di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee itu seharusnya diberikan ruang sewajarnya untuk memberikan fokus kepada saingan yang menjadi keutamaan buat masa ini.

“Setiap pasukan berhak untuk berbincang namun mungkin perlu ada pertimbangan dengan melihat keutamaan ketika ini iaitu Sukan SEA 2019,” kata Stuart.

“Beri mereka masa dan biarkan pemain selesaikan tugas mereka di Manila. Selepas Sukan SEA berakhir, pasukan boleh lakukan apa yang mahu mereka lakukan bersama pemain.

Sesi Latihan Skuad B-22 Kebangsaan Menjelang Hari Perlawanan #3

Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Wednesday, November 27, 2019

“Sebagai jurulatih di bawah FAM, pandangan Kim Swee mewakili pandangan FAM jadi kami senada dengan hasratnya. Justeru, kami yakin pasukan Liga M dapat memberi kerjasama untuk misi negara ini.”

Sebelum ini Kim Swee turut menyuarakan perkara yang sama agar pasukan Liga Malaysia tidak sibuk ‘memancing’ pemain yang dibawa oleh beliau ke Manila untuk temasya dwi tahunan itu.

Matchday | Jumaat, 29 November 2019

Hari Perlawanan #3, Sukan SEA 2019 Kumpulan A

FILIPINA lwn MALAYSIA
Stadium…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, November 28, 2019

Walaupun sedar rundingan kontrak adalah perkara biasa diantara kelab dan pemain selepas saingan liga berakhir, misi memburu pingat emas di Sukan SEA harus menjadi keutamaan bersama.

Pasukan negara akan turun berhadapan tuan rumah, Filipina pada hari ini dalam usaha memburu kemenangan bagi memudahkan laluan ke separuh akhir pada 8.00 malam ini.

 

Kredit Foto: FAM

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN