FAM, MFL Seru Kerjasama Semua Pihak Dalam Hadapi Krisis

Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan lagi selama dua minggu sehingga 14 April 2020, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menjanjikan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada arahan berkenaan.

Presiden FAM dan MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataan medianya mengakui perkembangan terbaharu itu akan mempengaruhi penjalanan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 yang telah pun ditangguhkan bermula 16 Mac yang lepas.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan pihaknya akan sedaya upaya mencari jalan penyelesaian berhubung situasi tersebut terutamanya perkara-perkara yang melibatkan semua pemegang taruh, penaja, kelab serta pemain dan pegawai pasukan.

“Meskipun keputusan lanjutan penangguhan ini adalah satu keputusan sukar, tetapi keputusan ini harus dibuat demi kepentingan dan keharmonian rakyat di mana FAM bersama MFL sentiasa mengutamakan rakyat dalam usaha mencegah wabak COVID-19 daripada terus menular apatah lagi kita mencatat peningkatan jangkitan di kalangan masyarakat ketika ini.

“Selain saingan CIMB Liga Super, Liga Premier, Shopee Piala FA, TM Piala Malaysia dan Piala Cabaran, lanjutan penangguhan ini juga turut membabitkan kem pasukan kebangsaan, Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Piala Presiden, Piala Belia, Liga M3 dan Liga M4,” katanya lagi.

Hamidin juga menyentuh mengenai kekangan atau masalah kewangan yang sedang dihadapi oleh beberapa pasukan yang telah dan akan terkesan dengan penangguhan berpanjangan ini.

Dengan keadaan semasa yang ternyata menjejaskan perjalanan Liga-M musim ini, beliau kini mengharapkan kerjasama yang erat di antara FAM, MFL, Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM) serta semua pemain dan pegawai pasukan.

“Kita sedia maklum yang kelab-kelab ini mungkin berdepan masalah kewangan kerana ketiadaan perlawanan berlangsung ketika ini, sekali gus menjejaskan sumber kutipan tiket masing-masing dan pada masa yang sama perlu meneruskan juga pembayaran gaji kepada para pemain dan pegawai.

“Situasi seperti ini bukan kita minta dan tidak dapat dielakkan tetapi apabila ia berlaku, perbincangan dan persetujuan bersama adalah sesuatu yang perlu dicapai bagi memastikan kepentingan semua pihak dapat dijaga. Sama seperti FAM, kami di MFL sentiasa bersedia untuk dihubungi oleh mana-mana rakan kongsi liga untuk sebarang perbincangan,” ujarnya.

Turut dijelaskan, FAM dan MFL juga telah dimaklumkan mengenai keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang menunda beberapa tarikh penting melibatkan pasukan kebangsaan selain perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kepada bulan Mei dan Jun depan.

“MFL sentiasa berhubung rapat dengan AFC untuk sebarang pemakluman terkini jika sekiranya terdapat tarikh-tarikh baharu akan dimaklumkan kelak.

Dalam pada itu, Hamidin turut menjelaskan MFL telah memberikan maklumat terkini kepada semua penaja utama berhubung status terkini perjalanan Liga Malaysia musim 2020.

“Berdasarkan mesyuarat khas bersama wakil penaja sebelum ini, mereka sudah menyatakan sokongan kepada MFL dalam apa sahaja keputusan berhubung perjalanan Liga Malaysia 2020 berdasarkan arahan Kerajaan Malaysia susulan wabak COVID-19.”

Hamidin juga melahirkan rasa syukur dan terharu kerana semua pihak khususnya penaja, pasukan, pegawai, pemain dan penyokong bola sepak masih bersatu dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.

Beliau juga yakin dengan sikap kebersamaan semua pihak dalam mengharungi detik sukar ini dapat memberi semangat kepada FAM dan MFL untuk sentiasa bersedia dengan apa sahaja kemungkinan di masa akan datang.

Kredit Foto: FAM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai FAM dan MFL:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN