FAM Masih Perlukan Hamidin Selaku Peneraju Utama Bola Sepak Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jelas ketika ini masih memerlukan sentuhan daripada presiden mereka iaitu Datuk Haji Hamidin selaku peneraju utama organisasi tersebut untuk masa hadapan.

Terdahulu beberapa gesaan timbul di media sosial dengan meminta supaya Hamidin meletakkan jawatan beliau untuk digantikan kepada tenaga baharu lebih berkualiti sebagai presiden FAM.

Malah, menerusi satu surat layang yang sebelum itu menjadi tular juga turut menyebut nama Hamidin supaya melepaskan jawatannya kepada orang lain.

Walaupun begitu, pengendali Sabah iaitu Datuk Ong Kim Swee melihat perkara tersebut sebagai sesuatu tidak wajar serta tidak akan merubah landskap bola sepak Malaysia ke arah lebih baik.

“Pihak yang menyuruh Datuk Hamidin letak jawatan itu mungkin lupa atau sebenarnya tak tahu yang ranking skuad Harimau Malaya ketika Datuk Hamidin mula menjadi Presiden FAM pada Julai 2018 ialah di tangga 171 dunia dan ia berjaya diperbaiki dengan cukup baik sehingga kita berjaya mencapai ranking terbaik iaitu 130 dunia pada tahun lalu. Ini satu kejayaan.

“Di zaman Datuk Hamidin ini juga kita dapat melihat pasukan kebangsaan kita mula mampu kembali mencabar pasukan-pasukan di ranking lebih baik, antaranya Republik Kyrgyz, Turkmenistan dan India, selain berjaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit selepas 43 tahun dan mampu untuk mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 3-3.

“Semua ini memerlukan masa untuk kita meningkat dari satu tahap ke satu tahap. Jadi untuk mengatakan Datuk Hamidin tidak buat apa-apa untuk bola sepak Malaysia di sepanjang enam tahun ini, adalah satu tanggapan yang sama sekali tidak tepat.

“Malah bagi saya, FAM masih memerlukan Datuk Hamidin sebagai presiden,” kata Kim Swee menerusi satu perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Pada masa sama, FAM juga dianggap membuat satu kerugian jika melepaskan Hamidin kerana beliau merupakan Ahli Majlis FIFA yang dilantik sejak 1 Februari lalu dan mampu untuk terus memberi sumbangan besar buat bola sepak kebangsaan.

“Apa jadi kalau Datuk Hamidin letak jawatan sebagai Presiden FAM sekarang? Sudah tentu, satu kerugian besar buat bola sepak Malaysia kerana Datuk Hamidin memegang kerusi Ahli Majlis FIFA itu untuk tempoh satu penggal sehingga 2027.

“Apa guna kita ada beliau masih sebagai Ahli Majlis FIFA tetapi FAM pula diterajui individu lain yang tiada pengaruh di peringkat Fifa mahupun AFC?

“Lagipun kita boleh lihat, hubungan baik beliau dengan pemimpin bola sepak antarabangsa memudahkan kita untuk mendapat bantuan terutama dari segi penjimatan perbelanjaan pasukan-pasukan kebangsaan apabila berlatih dan menyertai pertandingan di luar negara.

“Hubungan baik Datuk Hamidin dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) dan Persatuan Bolasepak Qatar (QFA) contohnya telah menjimatkan jutaan ringgit apabila saya difahamkan bahawa pihak SAFF dan QFA yang membantu membiayai kos ketika pasukan kita berada di negara berkenaan.

“Malah, kredibiliti Datuk Hamidin juga membolehkan kita mendapat jurulatih asing yang berkaliber bagi membimbing pasukan-pasukan kebangsaan kita seperti Kim Pan Gon (bola sepak), Soleen Al Zoubi (wanita) dan Rakphol Sainetngam (futsal).

Satu lagi kejayaan atau sumbangan besar beliau untuk FAM,” ulas Kim Swee lagi mengenai perkara tersebut dan jelas tidak bersetuju jika Hamidin melepaskan jawatan itu.

Pandangan anda, adakah Hamidin masih wajar dikekalkan?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN