“FAM Masih Belum Hubungi Saya” – Petar Segrt Sedia Latih Harimau Malaya

Bekas pengendali Tajikistan iaitu Petar Segrt meluahkan hasrat beliau untuk menjadi ketua jurulatih baharu Harimau Malaya jika diberi peluang oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada masa hadapan.

Nama Segrt bukan lagi suatu yang asing buat penyokong bola sepak tempatan, selepas kelibat jurulatih tersebut berjaya memastikan Tajikistan menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun lalu mengatasi Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Hadir dengan rangkaian pemain-pemain muda kurang berpengalaman, Segrt tidak mengalami begitu banyak masalah untuk memastikan skuad dikendalikan Kim Pan-gon sebelum itu aib di laman sendiri.

Menerusi reputasi beliau bersama Tajikistan sebelum itu, kebanyakan para peminat meluahkan hasrat untuk melihat Segrt sebagai pengganti baharu di kerusi kejurulatihan kebangsaan.

Terdahulu, Kim sah melepaskan jawatan beliau selaku jurulatih utama Harimau Malaya setelah dirinya mencipta rekod-rekod cukup positif di pentas antarabangsa.

Untuk keadaan semasa, Pau Marti Vicente telah dilantik selaku pemangku jurulatih sebelum jawatan itu diisi oleh pengendali baharu bawah lantikan FAM pada masa akan datang.

Melihat kepada keadaan tersebut, Segrt mengakui dirinya mempunyai hubungan cukup baik bersama Presiden FAM iaitu Datuk Haji Hamidin Bin Mohd Amin dan Setiausaha Agung, Datuk Noor Azman Rahman.

Malah, pengendali berpengalaman luas itu juga menyatakan beliau sedia untuk hadir mengisi kekosongan tersebut jika dipanggil oleh FAM nanti.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Scoop, setakat ini FAM masih belum menghubungi beliau untuk mengisi kekosongan jawatan selaku jurulatih baharu Malaysia.

“Saya sangat hormati Pan-gon dan kagum dengan apa telah dilakukan beliau buat bola sepak Malaysia menerusi perubahan dilakukan menjadi lebih positif berbanding sebelum itu.

“Pan-gon juga merupakan seorang jurulatih yang sangat menarik untuk saya bercakap ketika kami berada di luar padang selain kami menghormati antara satu sama lain.

“Selain itu, saya juga sangat menyayangi penyokong bola sepak di Malaysia atas keramahan dipamerkan setiap kali saya singgah di Kuala Lumpur.

“Walaupun saya mendapat banyak tawaran daripada beberapa kelab sekitar Eropah untuk beberapa bulan lalu, saya lebih suka untuk tidak terikat bersama mereka kerana meletakkan keutamaan melatih bola sepak kebangsaan.

“Ketika ini saya masih terbuka buat mana-mana pasukan kebangsaan. Sehinga kini, FAM masih belum menghubungi saya untuk apa-apa dan saya tak akan menolak jika mereka menghubungi saya untuk mengambil peranan tersebut.

“FAM juga memiliki nombor telefon saya, dan saya tak akan teragak-agak untuk menjawab panggilan mereka,” ulas Segrt menerusi laporan dikeluarkan oleh Scoop.

Kejayaan paling diingati orang ramai mengenai Segrt pastinya ketika beliau membawa Tajikistan mara ke pentas suku akhir Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Adakah Segrt merupakan individu paling layak melatih Harimau Malaya?

Sumber:
Scoop

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN