FAM Mahu Lebih Banyak Syarikat Swasta Meriahkan Kancah Futsal Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap akan ada lebih banyak syarikat swasta akan menyertai dan memeriahkan saingan futsal negara terutamanya Malaysia Premier Futsal League (MPFL) selepas ini.

Hal ini kerana, komitmen yang ditonjolkan oleh jenama pakaian sukan iaitu Joma telah menjadi inspirasi kepada FAM untuk menggalakan lebih banyak syarikat swasta menyertai mereka.

Terkini, Joma diangkat sebagai penaja rasmi bagi bola untuk saingan MPFL untuk musim 2023. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menjadi penaja untuk Piala Futsal Malaysia (MFC) bagi tahun ini.

Untuk rekod, ini adalah tahun kelima Joma bersama-sama FAM dalam usaha meningkatkan profil sukan futsal di negara ini.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Datuk Sri Shahril Mokhtar, kerjasama antara FAM dan Joma ini amat penting untuk kancah futsal tempatan.

“Kehadiran barisan penaja-penaja di dalam kempen MPFL 2023 dan MFC 2023 adalah amat berharga buat kami di FAM dimana sokongan Joma Malaysia ini merupakan satu peluang keemasan untuk FAM meluaskan lagi jenama MPFL dan MFC di dalam pasaran tempatan terutama sekali dalam kalangan peminat-peminat muda.

“Saya berharap komitmen Joma Malaysia ini dapat menjadi inspirasi kepada syarikat-syarikat swasta di luar sana untuk bekerjasama bersama FAM dalam misi membangunkan arena futsal negara,” kata Shahril.

Saingan MPFL 2023 akan bermula pada 18 Februari ini dengan 14 pasukan dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan tersebut adalah:

Kumpulan A

  • ATM
  • Kedah
  • KPT-PST Mustangs
  • Pahang Rangers
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Terengganu

Kumpulan B

  • Johor Darul Ta’zim
  • KL City
  • Kuala Lumpur
  • PFA Odin Sarawak
  • Selangor MAC
  • Selangor TOT United
  • Shah Alam City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN