FAM: Khidmat Cheng Hoe Masih Diperlukan

Tan Cheng Hoe FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tiada perancangan untuk mencari calon baharu untuk Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya memandangkan penyandangnya ketika ini, Tan Cheng Hoe merupakan individu terbaik untuk terus memegang jawatan tersebut.

Setiausaha Agung FA, Stuart Ramalingam yang ditemubual Bernama selepas menyampaikan taklimat berkenaan pelesenan penswastaan kelab di Wisma FAM menyatakan khidmat jurulatih berusia 52 tahun itu masih diperlukan selepas berjaya membawa skuad negara ke satu tahap yang membanggakan.

Sejak dilantik sebagai ketua jurulatih, Cheng Hoe telah berjaya memperbaiki ranking skuad kebangsaan yang pernah terperosok di tangga ke-174 dunia pada 2017 kepada kedudukan ke-154 pada hari ini.

Prestasi skuad negara juga menunjukkan peningkatan positif terutamanya dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di mana Malaysia kini sedang menduduki tangga kedua kumpulan G selepas mengharungi lima perlawanan.

Persoalan timbul memandangkan kontrak Cheng Hoe bersama FAM akan tamat pada Disember ini dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengumumkan baki aksi kelayakan yang dijadual pada Oktober dan November ini telah pun ditangguh ke tahun depan.

“Kami akan selesaikan perkara ini (kontrak) dalam tempoh terdekat dan perbincangan masih berlangsung dengan Cheng Hoe,” kata Stuart.

Ketika ditanya adakah FAM mempunyai perancangan untuk kembali merombak kalendar bola sepak tempatan susulan penangguhan tersebut, Stuart menjelaskan pihaknya akan berbincang dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Kami memerlukan sedikit masa untuk memberi penjelasan kepada pihak media dan penyokong skuad Harimau Malaya yang menunggu apa perancangan kami untuk skuad kebangsaan selepas ini.

“Kami juga dalam perbincangan dengan MFL mengenai kalendar (bola sepak) tempatan untuk Oktober dan November ini yang kosong susulan penundaan tersebut, selain penyertaan pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia yang bersambung pada Oktober ini,” katanya lagi.

Mengikut perancangan asal, Malaysia akan beraksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 8 Oktober dan kembali ke tanah air untuk menyambut kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Oktober sebelum  terbang ke Bangkok menghadapi Thailand di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada 17 November.

Kredit Foto: FAM

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN