FAM Kata ‘Ini Projek Ke Olimpik 2024’, Tetapi Tidak Berani Janji Layak

Brad Maloney skuad B-20 Olimpik 2024 Kelayakan Piala Asia B-23

Jika berani memberikan ruang skuad B-23 kepada skuad B-20, seharusnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga berani beri jaminan skuad ini bakal ke Olimpik 2024.

Jika tidak mengapa ruang skuad B-23 perlu dinafikan dan memberinya kepada skuad B-20 dengan dinyatakan ia merupakan projek jangka panjang untuk ke Olimpik 2024.

Ada yang mengatakan di Eropah tak wujud pun skuad B-23, jadi tindakan ini dilihat tepat. Adakah betul tindakan FAM untuk menggunakan platform kejohanan B-23 itu?

Menurut artikel di Axello.net, membentuk satu pasukan khusus dan menggunakan semua platform B-23 boleh merencatkan ‘pembangunan akhir pemain Malaysia. Malaysia bertuah kerana memiliki skuad muda yang lebih baik berbanding senior.

Mengapa? Kerana majoriti kejohanan bawah umur, skuad negara mempamerkan aksi yang lebih baik. Kumpulan pemain ini perlu diberi pendedahan step by step mengikut peringkat umur. Tidak boleh skip untuk menggapai sasaran yang tidak realistik.

Kelompok pemain yang ketika ini berusia antara 21 hingga 23 tahun akan kehilangan tempat untuk aksi antarabangsa sementara menanti panggilan ‘mustahil’ daripada kem skuad kebangsaan yang ‘mewajibkan’ mereka ada pengalaman terlebih dahulu.

Bayangkan pemain-pemain seperti Hakimi Abdullah, Azmeer Aris dan Quentin Cheng sebagai contohnya, sudah kehilangan tempat untuk memburu pengalaman yang ditagih pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sebelum ke skuad senior.

Sudahlah tempat di skuad senior semakin mengecil disebabkan pemain naturalisasi yang bakal bertambah, di mana lagi tempat untuk pemain-pemain lain seperti Syukri Baharun, Danial Asri dan Shahrul Nazeem Zulpakhar boleh kutip pengalaman?

Siapa pemain-pemain yang disenaraikan di perenggan ke-7 dan ke-8 itu? Mereka adalah antara 38 pemain berusia 23 tahun ke bawah yang rancak meraih minit permainan di Liga Super 2021 menurut statistik yang dikeluarkan oleh OptaJ.

Ia mungkin pendedahan yang sangat baik untuk sekelompok pemain iaitu untuk yang berusia bawah 20 tahun kerana FAM memberikan mereka aksi kompetitif yang banyak iaitu dua kejohanan Sukan SEA dan dua saingan kelayakan Piala Asia B-23.

Jika benar FAM menganggap ia pendedahan yang baik untuk skuad B-20, sasaran ke Olimpik 2024 di Paris itu wajar direalisasikan, bukan hanya omongan kosong bagi mengiyakan pemberian kejohanan B-23 kepada skuad kendalian Brad Maloney.

Menurut Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee yang dipetik daripada Utusan Malaysia, “Saya tidak berani menjanjikan [layak ke Olimpik]. Bukan bermakna jika kita hantar pemain bawah 20 tahun, kita akan layak ke Olimpik 2024.”

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Olimpik dalam hanya dua edisi yang layak adalah pada tahun 1980, namun kita tidak pergi disebabkan boikot oleh kerajaan.

Baca lagi artikel lain mengenai skuad B-20 dan Sukan Olimpik:

Bakal Sertai Skuad B-20, Ini Identiti Pemain Muda Di Jerman Yang Tidak Dinamakan

5 Penyerang Berpotensi Bersama Skuad B-20 Selain Luqman Hakim

Tuah 1, ‘Maskot Hidup’ Yang Skuad Olimpik 1972 Bawa Ke Jerman Barat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN