FAM Jawab Dakwaan PKNS FC Tentang Isu Kepengadilan Dan Perkauman

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mutu pengadilan ketika perlawanan Liga Super di antara PKNS FC menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras minggu lalu.

Malah, PKNS FC turut mengemukakan aduan rasmi kepada FAM berkenaan isu perkauman dan kata-kata rasis yang dilemparkan kepada pemain import mereka, Kpah Sherman semasa perlawanan tersebut.

“FAM dalam maklum balas telah menyatakan mutu kepengadilan perlawanan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“FAM juga memberi jaminan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi pengadil yang terlibat.

“Memandangkan pasukan membelanjakan jutaan ringgit, PKNS juga berharap isu kepengadilan dapat dipertingkatkan di perlawanan-perlawanan akan datang kerana mata yang hilang memberi impak yang besar kepada pasukan yang bertanding,” kata kenyataan di laman facebook rasmi PKNS FC.

Di dalam konteks Liga Malaysia, dakwaan rasis daripada mana-mana pihak sukar dibuktikan. Ini kerana pertandingan bola sepak kita tidak dilengkapi dengan teknologi yang membenarkan dakwaan sedemikian disiasat dengan lebih teliti melainkan bergantung sepenuhnya kepada saksi ketika kejadian.

Minggu lalu, Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menggesa FAM supaya mengambil tindakan yang tegas dengan mengetatkan undang-undang dan mengubal peraturan Liga Malaysia.

Ketika ini, badan induk bola sepak negara itu tidak mempunyai hukuman yang khusus untuk mengatasi masalah tersebut. Beberapa pemain import daripada pasukan lain dalam Liga Malaysia pernah beberapa kali mengemukakan aduan kepada pengurusan pasukan mereka namun tiada sebarang tindakan diambil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN