“FAM Hubungi Pemain Di England” – Peluang Buat Bintang EPL Wakili Malaysia?

Nampaknya bola sepak di Malaysia akan terus mengalami perubahan dengan jangkaan lebih ramai pemain-pemain yang mempunyai pertalian darah dari luar negara akan diserap ke kem kebangsaan.

Terdahulu, Zulhelmi Zainal Azam selaku wartawan Astro Arena mengesahkan dua pemain dari luar negara iaitu Wan Kuzain Wan Kamal (Amerika Syarikat) bersama Mats Deijl (Belanda) bakal memperkuatkan skuad bola sepak Malaysia.

“Skuad Harimau Malaya dapat dua pemain baru, berpangkalan di luar negara.!Wan Kuzain Wan Kamal dan pertahanan kelahiran Belanda, Mats Deijl!” jelas Zulhelmi di media sosial X sebelum itu.

Untuk rekod, kedua pemain ini dilaporkan akan didaftarkan pada masa akan datang untuk menambah kekuatan Malaysia di pentas antarabangsa

Walaupun dilaporkan bakal menyertai Harimau Malaya tidak lama lagi, tanda tanya masih tercetus dalam kalangan peminat bola sepak tanah air mengenai status semasa mereka jika dapat beraksi dalam tempoh segera atau lebih lama perlu menunggu.

Laporan terbaharu pula menyatakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang mengintai peluang untuk mendapatkan seorang lagi pemain warisan yang beraksi di England.

Ianya dilaporkan sendiri semalam menerusi laman FR Future Talents di media sosial X dan mendapat banyak maklum balas daripada peminat bola sepak Harimau Malaya.

“Ada seorang pemain di England telah dicontact oleh FAM melalui agentnya,” jelas laman tersebut dan menimbulkan persoalan kepada penyokong tempatan.

Ketika ini, ramai pemain yang dilaporkan laman tersebut memiliki pertalian darah bersama Malaysia beraksi di England bersama pelbagai kelab serta divisyen.

Malah, ada juga beberapa nama besar yang dikatakan beraksi di pentas English Premier League (EPL) kini mempunyai hubungan bersama negara ini menerusi nenek serta datuk mereka.

Antara nama besar EPL dilaporkan memiliki pertalian darah bersama Malaysia sudah tentu terarah kepada tonggak serangan AFC Bournemouth iaitu Marcus Tavernier yang beraksi di posisi serangan.

Selain itu, Kiernan Dewsbury-Hall yang merupakan pemain Chelsea juga dikatakan antara prospek terbaik untuk mewakili Harimau Malaya suatu hari nanti.

Nama-nama bintang muda lain terarah kepada penyerang masa depan Manchester United iaitu Ethan Wheatley, Luca Williams-Barnet, Jacob Wakeling dan ramai lagi.

Malah, bekas pemain tengah Arsenal iaitu Emile Smith Rowe juga memiliki pertalian darah bersama Malaysia dan momentum beliau kini cukup menyakinkan buat Fulham.

Pada pandangan anda, pemain mana yang kini sedang diintai FAM untuk memperkukuhkan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN