FAM & HP Jalin Kerjasama, Fokus Kepada Pembangunan Skuad eRimau

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan gergasi teknologi, Helwett-Packard (HP) telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama antara dua entiti.

Majlis memperkenalkan HP sebagai rakan kerjasama FAM telah pun diadakan di wismanya dekat Kelana Jaya.

Majlis yang diadakan itu turut dihadiri oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dan juga Exco FAM – Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sementara wakil HP adalah Encik Alex Tan yang merupakan pengarah urusan dan Encik Lok Tan yang merupakan teraju bahagian jualan bagi syarikat tersebut.

Kerjasama yang dilakukan ini adalah untuk tempoh setahun dengan fokus utama memajukan skuad eRimau.

Selain itu, mereka juga akan memberikan sokongan dari segi kelengkapan ahli skuad eRimau serta kerjasama dari segi jualan.

HP dan FAM akan membangunkan e-kedai (e-store) yang berasaskan barangan teknologi yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kerjasama antara kedua-dua entiti ini akan berakhir pada Jun 2023. Namun kedua-dua pihak tidak menolak kemungkinan jika kerjasama itu akan diteruskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN