FAM Hantar Surat Tunjuk Sebab Kepada Farizal Harun

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalinggam mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada penjaga gol Selangor, Farizal Harun susulan kelakukan buruknya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong Red Giants.

Bekas penjaga gol kebangsaan itu turut mencetuskan kontroversi apabila menumbuk muka pemain tengah PKNP FC, Mohamad Al-Fateh Afandi minggu lalu dan tindakan beliau dianggap keterlaluan serta tidak profesional.

FAM dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dijangka akan mengumumkan bentuk hukuman ke atas pemain itu dalam masa terdekat meskipun terdapat beberapa penyokong mahu khidmat beliau ditamatkan sebelum jendela perpindahan kedua ditutup pada 29 Mei ini.

Aksi Farizal Harun ketika menentang PKNP FC. FOTO: FA Selangor

Stuart turut menjelaskan pihaknya akan menunggu maklum balas daripada Farizal dan menantikan apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh FAS ke atas pemain itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita masih menunggu maklum balas daripada pemain berkenaan bagi melengkapkan siasatan sebelum dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa tatatertib FAM yang dijangka berlangsung minggu ini.

“Farizal mungkin dikenakan tindakan namun kita mahu menunggu bentuk hukuman yang dikenakan FAS. Kita tidak mahu hukuman itu bertindih dengan hukuman kami,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Farizal Harun melakukan ‘tumbukan curi’ terhadap pemain PKNP FC.

Sikap panas baran Farizal itu nyata tidak disenangi oleh penyokong-penyokong Red Giants. Apatah lagi ini bukan kali pertama pelbagai kontroversi membabitkan pemain itu berlaku.

Sebelum ini Farizal turut dikatakan bertindak memaki hamun penyokong ketika Selangor berkunjung ke Melaka bulan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN