FAM & Grab Malaysia Jalin Kerjasama Strategik Untuk Bola Sepak Kebangsaan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Grab Malaysia sebagai rakan kerjasama baharu dan dinyatakan secara rasmi sebentar tadi menerusi laman web organisasi tersebut.

Tujuan kerjasama itu dijalinkan adalah untuk memastikan Grab Malaysia menjadi rakan e-hailing demi membuat penghantaran makanan secara rasmi kepada mereka di Wisma FAM.

Jelas kenyataan tersebut, kehadiran Grab Malaysia sebagai bentuk kerjasama baharu itu dianggap mampu untuk memberi dorongan motivasi terbaik kepada Harimau Malaya yang kini dalam tempoh persiapan sebelum menghadapi saingan Piala Asia di Qatar.

Malah, Datuk Haji Hamidin selaku Presiden FAM juga mengakui kerjasama dilakukan itu mampu melonjakkan lagi semangat para pemain kebangsaan untuk mengharumkan nama Malaysia.

“Visi kami di FAM adalah satu visi yang dikongsi bersama, tidak kira dengan penyokong bola sepak tanah air tetapi juga bersama barisan penaja-penaja FAM.

“Sudah tentu dengan kehadiran Grab Malaysia ini akan memberikan suntikan semangat kepada barisan kejurulatihan dan pemain pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, nanti.

“Mewakili pihak FAM, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga kerja Grab Malaysia di atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini akan membawa kedua-dua organisasi ke arah kejayaan,” kata Hamidin menerusi laman rasmi tersebut.

Pada masa sama, Adelene Foo selaku Pengarah Urusan Grab Malaysia akui turut berbangga dipilih selaku rakan e-hailing secara rasmi untuk Harimau Malaya pada tahun ini.

“Sebagai jenama tempatan, kami amat berbangga di atas pengiktirafan sebagai rakan e-hailing dan penghantaran makanan rasmi bagi skuad bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya.

“Setiap kali Harimau Malaya bertanding di kancah antarabangsa, seluruh negara akan berdiri di belakang pasukan negara, dan Grab turut bersama, mendukung cita yang sama.”

“Melalui kerjasama ini, Grab akan memastikan keperluan harian pasukan bola sepak negara diuruskan dengan sempurna, sekaligus membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian terhadap prestasi.”

“Selain itu, kerjasama ini akan membolehkan Grab memberi sumbangan bermakna terhadap masa depan bola sepak negara, serta mendorong kejayaan di peringkat global. Dalam menyokong perjuangan Harimau Malaya, kami turut meraikan perpaduan menerusi bola sepak, bersama jutaan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Kerjasama tersebut telah membabitkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman bersama Pengarah Operasi dan Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor disaksikan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram dan Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Tan Jiong Jian.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN