Delegasi Malaysia ke Sepanyol mendapat manfaat daripada kejayaan mereka untuk bekerjasama dengan La Liga dalam membantu mereka dalam beberapa aspek.
1. Pemasaran
Delegasi sempat meluangkan masa mendengar pembentangan oleh Jabatan Pemasaran La Liga. Bagaimana cara mereka memasarkan liga mereka untuk menjadikan nilai komersial liga mereka tinggi.
Ini termasuk aspek promosi dan juga pakej-pakej untuk penaja liga. FMLLP perlu meningkatkan pendapatan terlebih dahulu sebelum melaksanakan banyak dasar seperti yang dicadangkan.
Selain itu, aspek kehadiran penyokong ke stadium juga sangat penting. Penyokong La Liga menerima perubahan waktu sepak mula kerana isu penyiaran. Ianya bermula daripada musim lalu.
Ini membolehkan La Liga ditayangkan pada waktu yang tidak bertembung dengan waktu liga lain, terutama sekali perlawanan yang bukan melibatkan Barcelona dan Real Madrid.
Selain itu, pihak pengurusan perlu terbuka untuk menerima pandangan umum.
2. Projek kesukanan
Aspek yang disentuh adalah teknologi yang membantu La Liga dan pasukan di dalam liga mereka. Perisian-perisian khas ini membantu kelancaran perjalanan liga mereka.
3. Hubungan dengan masyarakat
La Liga memiliki Yayasan mereka yang aktif berhubung dengan masyarakat termasuk yang di luar Sepanyol. Beberapa projek komuniti mereka mendekatkan lagi bola sepak Sepanyol khasnya La Liga dengan masyarakat umum.
4. Jaringan global
Delegasi akan berhubung dengan La Liga kerana dasar mereka yang membuka jaringan perhubungan kepada global.
Penutup hari ke-4
Delegasi dibawa melawat kelab Valencia. Mereka sempat melihat sendiri keadaan di Mestalla. Mereka juga melihat sendiri organisasi teknikal pada hari perlawanan ketika pasukan Valencia menjadi tuan rumah.
Nampaknya, banyak ilmu yang delegasi kali ini dapat daripada La Liga dan juga Valencia. Valencia antara kelab yang terkenal di Eropah dan memiliki sejarah yang sangat hebat.