FAM Dan CFA Bincang Kerjasama Dua Hala Untuk Kemajuan Bola Sepak

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merancang untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak China (CFA) ketika kunjungan makan tengahari baru-baru ini.

Kunjungan itu diwakili oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Setiausaha Agung, Stuart Ramalingam dan Naib Presiden, Mohd Joehari Mohd Ayub serta dua ahli jawatankuasa eksekutif FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya dan ACP (B) Md Dali Wahid.

Manakala CFA diwakili pemangku presidennya yang juga Menteri Sukan China, Du Zhaocai yang hadir bersama Timbalan Setiausaha Agungnya yang juga Pengarah Bahagian Antarabangsa, Roger Luo dan Pengurus Bahagian Antarabangsa, Frank Wei.

FOTO: FAM

Menurut kenyataan di laman facebook rasmi FAM, antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama dua hala persatuan demi kemajuan bola sepak, pembabitan kerajaan, daerah dan pihak berkuasa tempatan secara langsung selain pelan pembangunan jangka masa panjang negara itu.

Wakil daripada CFA juga sempat menyaksikan perlawanan kelayakan AFC B-23 di antara Malaysia menentang China di Stadium Shah Alam kelmarin yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Meskipun pada akhirnya Malaysia tidak berjaya layak ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Thailand, Januari depan namun apa yang telah dipersembahkan ketika menentang skuad yang dianggap antara pasukan terkuat Asia mendapat pujian daripada Dato’ Hamidin.

“Biarpun misi layak ke Sukan Olimpik 2020 terkandung dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30), persembahan pasukan negara dan kemajuan atas padang yang jelas dilihat, kita tidak boleh terus menganggap bahawa F:30 telah gagal kerana ia adalah peta hala tuju jangka panjang iaitu untuk tempoh dari 2019 hingga 2030.

“FAM akan memastikan perancangan atau persiapan lebih teliti dan rapi bagi memastikan skuad muda negara selepas ini akan lebih mantap bagi menghadapi saingan kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2024 untuk kita meneruskan pula misi layak ke Sukan Olimpik berikutnya di Paris, Perancis pada tahun 2024,” kata Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN