FAM Buka Jualan Tiket Separuh Akhir Kedua Piala AFF Di Bangkok

Berita baik untuk para penyokong Harimau Malaya yang berhajat untuk berkunjung ke Bangkok bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 di antara Thailand menentang Malaysia, tiket perlawanan kini boleh dibeli menerusi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermula hari ini sehingga Jumaat, 30 November 2018.

Menurut FAM, harga tiket yang telah ditetapkan bagi perlawanan di Bangkok itu adalah RM80 bagi tempat duduk teres bawah (level 1) dan RM67 bagi tempat duduk teres atas (level 2 & 3). Ia termasuk caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Thai Ticket Major.

Penyokong Malaysia yang berminat untuk membeli tiket perlawanan berkenaan yang sepak mulanya jam 7.00 malam (waktu Thailand) perlu mengikut langkah-langkah pembelian seperti berikut:

1. Pilih bilangan tiket yang ingin dibeli dan jumlah pembayaran penuh perlu dikreditkan terus ke akaun Bank Islam – FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121. Simpan slip pembayaran.

2. Sila e-mel butiran peribadi anda iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Kategori Tiket (RM80 atau RM67), Jumlah Tiket dan lampirkan bersama Slip Pembayaran Bank ke e-mel [email protected].

3. Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

4. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Bangkok dari Selasa, 4 Disember 2018 hingga Rabu, 5 Disember 2018. Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.

5. Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM. Bagi penyokong Malaysia yang membeli sendiri tiket di website Thai Ticket Major, mereka perlu menebusnya di lokasi yang telah ditetapkan syarikat berkenaan.

Syamer, Ultras Malaya
Ultras Malaya turut menganjurkan trip ke Bangkok. Foto: Bernama

Pembelian selepas hari jumaat ini tidak akan diproses

FAM turut memaklumkan sebarang pembelian tiket bagi perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Jumaat, 30 November 2018 tidak akan diproses dan pembayaran yang telah dibuat juga tidak akan dikembalikan.

“FAM berharap inisiatif yang dilakukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penyokong Harimau Malaya yang akan terbang ke Bangkok nanti supaya mereka tidak perlu lagi risau memikirkan hal tiket perlawanan di sana dan dapat memberikan sepenuh sokongan buat skuad Harimau Malaya,” kata Stuart Ramalingam, setiausaha agung FAM.

Ultras Malaya ajak semua “ekor” takluk Rajamangala

Sementara itu, kumpulan penyokong setia skuad Harimau Malaya iaitu Ultras Malaya mengajak 5000 orang penyokong untuk bersama mereka ke Stadium Rajamangala di Bangkok bagi memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

Dengan bajet RM300 termasuk kos pengangkutan dan tiket perlawanan, mereka akan bertolak dengan menaiki bas dari Shah Alam ke Bangkok. Bagi penyokong yang berminat, mereka boleh whatsapp di nombor yang tertera di laman sosial rasmi UM untuk maklumat lanjut atau hubungi wakil ultras negeri masing-masing.

Tanpa mengira di mana sahaja perlawanan membabitkan pasukan negara yang sinonim dengan panggilan Harimau Malaya kehadiran mereka tetap ada untuk memberikan semangat kepada pasukan negara beraksi di atas padang.

Bagi mereka, ia adalah satu pengorbanan dengan setiap perbelanjaan termasuk untuk tiket penerbangan dan penginapan semuanya dari poket mereka sendiri.

Semangat mereka untuk memberikan sokongan kepada pasukan negara wajar dipuji. Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia, siapa lagi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN