FAM Buka Jualan Tiket Perlawanan Menentang Vietnam Hari Ini

Pasukan negara kendalian Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe akan berhadapan Vietnam dalam saingan seterusnya Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis, 10 Oktober 2019 – dan merupakan petermuan pertama kedua-dua pasukan di pusingan kelayakan kali ini.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mulai membuka jualan tiket untuk penyokong Malaysia yang berminat untuk ke Hanoi untuk menyaksikan perlawanan tersebut di Hanoi pada hari ini.

Sumareh Malaysia Indonesia 2
FOTO: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Setiap tiket untuk perlawanan tersebut berharga RM40, dan terhap hanya untuk 1,500 keping sahaja.

Berikut adalah kaedah dan maklumat pembelian yang disediakan oleh pihak FAM:

1. Pilih bilangan tiket yang ingin dibeli dan jumlah pembayaran penuh perlu dikreditkan terus ke akaun Bank Islam – FOOTBALL ASSOCIATION OF MALAYSIA dengan nombor akaun 12131010006121. Simpan slip pembayaran.

2. Sila e-mel butiran peribadi anda iaitu Nama Penuh, Nombor MyKad, Nombor Telefon, Jumlah Tiket dan lampirkan bersama Slip Pembayaran Bank ke e-mel [email protected].

Foto: FAM

3. Pihak FAM akan membalas e-mel berkenaan bagi mengesahkan penerimaan wang pembelian tiket tersebut.

4. Tiket yang telah dibeli itu kemudian boleh diambil/ditebus di Hanoi dari Rabu, 9 Oktober 2019 hingga Khamis, 10 Oktober 2019. Anda akan dihubungi wakil FAM di sana bagi urusan pengambilan/penebusan tiket.

5. Penebusan tiket itu hanyalah untuk penyokong Malaysia yang membeli tiket menerusi FAM. Jika pembelian dibuat oleh penyokong Vietnam dan/atau ditebus oleh penyokong Vietnam, pihak FAM berhak untuk tidak menyerahkan tiket berkenaan.

Sebarang pembelian tiket melalui FAM bagi perlawanan ini selepas jam 11.59 malam pada Rabu, 2 Oktober 2019 tidak akan diproses.

Kali terakhir pasukan negara beraksi di Hanoi menentang Vietnam ialah pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki pada Disember lalu. Pasukan negara tewas perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN