FAM Beri Sokongan Terhadap Penganjuran Perlawanan Amal ‘JDT All-Stars’

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambut baik penganjuran perlawanan amal ‘ JDT All-Stars’ hasil cetusan idea daripada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Perlawanan yang menghimpunkan beberapa bekas pemain berkelas dunia ini diadakan bertujuan untuk mengutip dana bagi disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

“Sebagai tanda sokongan, FAM turut akan membeli tiket perlawanan tersebut untuk diberikan kepada kanak-kanak dari rumah-rumah anak yatim terpilih di sekitar Johor Bahru bagi memastikan mereka juga sama-sama dapat menyaksikan aksi-aksi daripada legenda bola sepak dunia dan bintang-bintang JDT.

“Usaha seperti dilakukan oleh Tunku Ismail dan JDT ini diharap dapat dicontohi pasukan atau kelab tempatan lain pada masa akan datang dalam menjayakan program atau projek berbentuk kebajikan dan tanggungjawab sosial seumpama ini,” kata kenyataan daripada FAM.

Difahamkan tiket perlawanan tersebut berharga RM50 (Tempat Berbumbung), RM30 (Pintu C) dan RM20 (Pintu A&B). Kaunter jualan tiket juga sudah mula dibuka antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dari 20 hingga 30 Jun ini. Pembelian tiket atas talian boleh didapati di www.tickethotline.com.my.

Antara nama-nama pemain berkelas dunia yang akan beraksi dalam satu pasukan bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ialah Ronaldo, Robert Pires, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, Esteban Cambiasso, Claude Makalele, Florent Malouda serta dibantu oleh beberapa pemain JDT.

Turut beraksi dalam perlawanan itu tetapi dalam pasukan ‘JDT Rest Of The World’ ialah Louis Saha, Bebeto, Caniggia, Rivaldo, Edgar Davids dan Marquez bersama pemain serta pengarah teknikal JDT, Martin Prest.

Mereka juga akan mengadakan sesi ’coaching clinic’ bersama para pelatih JDT Akademi di Pusat Latihan Padang Seri Gelam dan menghadiri sesi ‘meet & greet’ bersama penyokong-penyokong bertuah di JDT Café pada 1 Julai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN