FAM Bentang Laporan Roadmap F:30 Bagi Suku Ketiga Tahun 2019

Roadmap

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan laporan ketiga Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM 2019-2030 yang dinamakan F:30 bagi tempoh suku ketiga tahun 2019 iaitu Julai hingga September 2019.

Ia telah dibentangkan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan selaku Pengerusi Jawatankuasa Roadmap F:30 FAM, jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan mengemaskini perkembangan semasa peta hala tuju berkenaan pada mesyuarat kesembilan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang berlangsung di Wisma FAM, pagi semalam.

F:30 telah dilancarkan secara bersama oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino; Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2018.

F:30 dibahagikan kepada tiga peringkat Pelan Strategik iaitu Pelan Strategik 1 (2019-2022) untuk membentuk teras asas, Pelan Strategik 2 (2023-2026) untuk mula menguasai Asia dan Pelan Strategik 3 (2027-2030) untuk menguasai peringkat dunia.

FAM telah membentangkan laporan pertama F:30 pada 3 April 2019 dan disusuli laporan keduanya pada 26 Julai 2019 yang merangkumi perbandingan peningkatan peratusan terkini sasaran strategik dan perkara tindakan yang telah dibuat bagi pelaksanaan Pelan Strategik 1 dalam tempoh empat tahun pertama (2019-2022).

Bagi laporan suku ketiga tahun 2019 ini, pelaksanaan ketiga-tiga teras utama – Tadbir Urus, Pembangunan dan Pertandingan telah mencapai perkembangan pada tahap 40 % berbanding 31% pada suku kedua, iaitu peningkatan sebanyak sembilan peratus (+9%) berjaya dicatatkan.

Perincian perkembangan bagi setiap teras berkenaan adalah seperti berikut:

1. Tadbir Urus (kakitangan & polisi) telah meningkat sebanyak sembilan peratus (+9%) iaitu dari 27% pada suku kedua tahun 2019 ke 36% pada suku ketiga tahun 2019.

* Antara peningkatan mendadak bagi dasar budaya kerja FAM adalah di mana Ganjaran dan Penilaian berasaskan merit akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kewangan & Pengurusan & FAM.

* Bagi Pemindaan Statut pula, statut terbaharu telah diluluskan Kongres FAM pada Julai 2019.

2. Pembangunan (bola sepak, ahli gabungan, infrastruktur & rakan kerjasama) telah meningkat sebanyak lapan peratus (+8%) iaitu dari 30% pada suku kedua tahun 2019 ke 38% pada suku ketiga tahun 2019.

* Bagi Asas Bola Sepak, peningkatan sebanyak 40% bagi dasar Kejurulatihan di mana salah satu kategori telah mencapai sasaran yang diletakkan pada tahun 2022 iaitu Penjaga Gol Tahap 3. Kategori lain berjalan lancar dan dilihat akan menepati sasaran pada tahun 2022.

* Bagi Asas Ahli Gabungan, peningkatan pada dasar pembangunan bola sepak profesional dengan bengkel pemasaran yang dijalankan pada Oktober lalu. Selain itu, FAM juga melalui kerjasama dengan AFC akan menjalankan Kursus Sijil Asas Pentadbiran Bolasepak bagi ahli-ahli gabungannya pada 25-28 November 2019 di bawah Projek ACE.

* Bagi Asas Rakan Kerjasama, peningkatan direkodkan berkaitan pengenalan NDRC yang telah diluluskan oleh wakil pemain dan Liga. Bengkel NDRC akan dijalankan pada tahun hadapan selepas kelulusan FIFA. Selain itu, peningkatan sebanyak 10% direkodkan melalui kerjasama dengan agensi antarabangsa bagi penjualan hak penyiaran perlawanan pasukan kebangsaan di UAE, Indonesia, Vietnam serta Thailand.

3. Pertandingan (bola sepak lelaki, bola sepak wanita & futsal) telah meningkat sebanyak 10 peratus (+10%) iaitu dari 36% pada suku kedua tahun 2019 ke 46% pada suku ketiga tahun 2019.

* Bagi Struktur, permohonan kelulusan perlawanan secara dalam talian akan dimulakan pada suku keempat tahun 2019. FAM juga akan memperkenalkan Liga Suparimau bagi pertandingan peringkat akar umbi.

* Bagi Bolasepak Lelaki, kerjasama dengan NFDP dan pemegang taruh berkaitan sudah digariskan bagi pengenalan pertandingan di peringkat bawah umur yang telah dimasukkan dalam Pelan Strategik NFDP 2021-2030.

* Bagi Bolasepak Wanita, Pertandingan UEFA-FAM U15 telah dijalankan dengan jayanya pada 3-6 Oktober 2019 yang melibatkan Malaysia, Hong Kong, Thailand dan Finland di Arena UM, Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan ketiga yang dibentangkan ini, pertambahan peratusan perkembangan setiap teras utama yang dicatat berbanding suku kedua tahun 2019 memperlihatkan bahawa F:30 terus berada dalam landasan terbaik.

FAM akan memberikan laporan keempat iaitu bagi suku keempat tahun 2019 – Oktober hingga Disember pada awal tahun hadapan dan diikuti laporan-laporan berikutnya dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pemegang taruh bola sepak di luar sana dapat mengetahui perkembangan terkini mengenai F:30 ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN